[VIDEO] Lihat Arteta Jadi Budak Milo Dalam Binaan Gol Ketiga: “Saya Nak Kekalkan Tempo”

Penyokong Arsenal sangat suka melihat Mikel Arteta menjadi budak milo (ball picker) ketika gol ketiga mereka menentang Watford. Gol yang sebenarnya sangat penting untuk 3 mata kerana Watford berjaya merapatkan jurang kepada 3-2 selepas itu.

Ketika bola terkeluar, Mikel Arteta dengan pantas memberikan bola kepada Bukayo Saka dan mengarahkan pemain itu melontar segera. Tak perlu memberikan bola itu kepada fullback yang biasanya akan mengambil tugasan itu.

Ketika itu Arsenal mendahului 2-1. Arteta tidak mahu pemain pemainnya melengahkan perlawanan.

Saka terus melontar bola kepada Cedric Soares yang kemudian melorongkan bola kepada Odergaard seterusnya kepada Lacazette. Laca kemudian melorongkan kepada Martinelli dan gol!

Arsenal menjadikan kedudukan 3-1 sebelum Moussa Sissoko merapatkan jurang pada minit ke-87. Namu Arsenal memastikan mereka menang 3-2.

Arteta: Saya pun tak pasti apa saya dah lakukan

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Arteta menyatakan dia tidak mahu tempo permainan mereka terganggu. Lalu dia menghulurkan bantuan menjadi budak milo bervisi tinggi.

Arteta berkata: “Saya nampak bola depan mata dan saya nampak peluang untuk menyerang dan mahu mengambil kesempatan ke atasnya.”

Kemudiannya, pengurus asal Sepanyol itu sendiri tidak pasti sama ada dia membuat tindakan yang betul pada masa itu?

Kerana itu mungkin peluang untuk mereka bertenang daripada tekanan. Namun tindakan spontannya lebih kuat daripada fikirannya pada masa itu. Dia terus bertindak kerana terbiasa mahukan tempo permainan lancar.

Dan ternyata tindakan itu sangat tepat dan ianya memberikan gol sangat penting buat Arsenal.

“Saya tak tahu sama ada saya perlu melakukannya [pada kedudukan 2-1]? Namun itulah cara saya mahu terus menghidupkan permainan agar terus bergerak, saya tak mampu mengawal diri saya.”

Saksikan di sini:

Jose Mourinho pernah menggariskan peranan budak milo dalam membantu pasukan. Menurut Mourinho, mereka boleh membantu untuk mempercepatkan tempo ataupun membantu melambatkan sedikit permainan jika diperlukan.

Saka: Bos boleh klaim assist untuk gol itu

Bercakap kepada wartawan, pemain muda The Gunners, Bukayo Saka dan kapten mereka Alexandre Lacazette menyatakan bahawa bos mereka, Mikel Arteta boleh klaim assist tersebut. Kerana dia memang benar benar membantu.

Saka kemudian menegaskan bahawa Arteta memang seorang yang sentiasa bertenaga dan susah nak duduk diam.

“Dia [Arteta] sentiasa menyuntik tenaga ke atas padang untuk kami walaupun dia berada di luar padang.”

“Sebaik sahaja bola keluar, dia terus mengambilnya dan membalingnya kepada saya, dia kata: ‘cepat cepat cepat!’ Itulah sebabnya kami bermain lontaran segera ketika itu dan dari situlah kami menjaringkan gol.”

Lacazette kemudian dengan berseloroh menambah: “Kami sudi memberikan assist itu kepadanya.”

Arsenal meneruskan rentak cemerlang mereka dalam usaha menamatkan penantian kemarau beraksi di UCL.

Arsenal menang 3-2 ke atas Watford. Martin Odegaard, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli kesemuanya berada dalam senarai penjaring.

Sementara 2 gol Watford adalah menerusi gol lipat Cucho Hernandez dan juga gol daripada bekas pemain Tottenham Hotspur iaitu Moussa Sissoko.

Musim ini musim paling ngeri buat Arsenal apabila mereka langsung tak layak beraksi dalam mana maka kompetisi Eropah termasuk Liga Persidangan Eropah.

Dengan kedudukan semasa, skuad bimbingan Mikel Arteta mengawal ‘nasib’ mereka sendiri dalam perebutan ke empat teratas.

Mereka kini berada di tangga keempat dengan 1 mata di atas Manchester United. Namun Arsenal ada 3 baki perlawanan kurang berbanding dengan Manchester United.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang