[VIDEO] Lihat Gol Sulung Cavani Bersama United, Di-assist Fernandes

Edinson Cavani pemain tanpa kelab selepas tidak menyambung kontraknya dengan PSG sebelum ini.

Dan beliau memutuskan untuk menyertai United dalam perpindahan pada hari terakhir jendela perpindahan pra musim.

Cavani setuju dengan kontrak setahun di Old Trafford. Sebelum ini Cavani gagal memeterai perjanjian dengan beberapa kelab lain termasuk Napoli dan Atletico Madrid kerana permintaan gajinya yang terlalu tinggi.

United terdesak mencari penyerang selepas terlepas peluang mendapatkan Jadon Sancho.

Sejak menyertai Man United Cavani masih dalam proses penyesuaian dan transisi.

Ketika tiba beliau masih perlu menjalani rehabilitasi persendirian kerana kuarantin. Ini untuk mengembalikan semula kondisi fizikalnya.

Selepas mucul dalam beberapa perlawanan United sebagai pemain gantian, Cavani akhirnya berjaya membuka akaun gol beliau untuk Man United.

Dan ianya hadir dalam aksi kemenangan 3-1 United di tempat lawan – Goodison Park.

Lebih menarik gol itu adalah di-assist dengan cantik oleh pemain yang berpeluang mencetak hatrik iaitu Bruno Fernandes.

Segalanya bermula dengan serangan balas tajam United. Dalam situasi mereka menyerang dengan mewujudkan 4 vs 2 β€” Cavani melebarkan sedikit posisinya ke half space dan menerima bola.

Cavani tidak terhegeh hegeh nak melakukan banyak sentuhan. Sebaliknya dia sudah memutuskan lebih awal apa dia nak buat.

Ketika bola dialirkan kepadanya Cavani melakukan lencongan rendah menewaskan Pickford yang tahu dirinya bakal dibolosi lagi.

Satu teknik yang baik daripada pemain yang memiliki reputasi sebagai salah seorang no.9 terbaik dalam generasinya.

Man United menang 3-1 dan membawa pulang 3 mata. Selain daripada gol Cavani, United bangkit menjaringkan dua gol menerusi Bruno Fernandes selepas mereka ketinggalan awal menerusi gol Bernard.

Baca yang lain