[VIDEO] Lihat Henderson Menunjukkan Bagaimana Kapten Yang Vokal Atas Padang

Jordan Henderson menunjukkan contoh bagaimana seorang kapten yang vokal di atas padang ketika aksi berhadapan dengan Tottenham Hotspur.

Commanding merupakan salah satu aspek terpenting yang perlu ada dalam seseorang kapten. Di mana mereka merupakan ‘pemandu arah’ di atas padang.

Jose Mourinho satu ketika dulu pernah memuji kualiti commanding John Terry di atas padang. Yang disifatkannya memudahkan tugas pengurus untuk lebih tenang di tepi padang.

Mereka ibarat pengurus tambahan berada di atas padang.

Dalam aksi di antara pasukan Liverpool dan Tottenham Hotspur, pasukan bimbingan Jurgen Klopp berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3 gol berbalas satu.

Liverpool adalah pasukan yang sangat memerlukan suntikan motivasi pada ketika ini. Ini kerana mereka gagal menemui sentuhan gol dalam beberapa perlawanan yang membuatkan mereka mencatatkan beberapa keputusan yang tidak diingini.

Berhadapan dengan pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik seperti Tottenham Hotspur mungkin hadir pada hari yang tidak begitu diingini oleh peminat Liverpool.

Namun Liverpool berjaya juga melaksanakan tugasan sukar tersebut dengan jayanya.

Apa yang menarik adalah commanding daripada Henderson yang berkumandang sepanjang perlawanan.

Beliau sentiasa mengingatkan rakannya dan juga memberikan complimentary kepada perkara yang bagus.

Henderson menunjukkan kualitinya sebagai bek tengah dalam perlawanan ini. Beliau juga melakukan beberapa hantaran cantik dari zon bawah.

Henderson sudah bermain di posisi bek tengah dalam beberapa perlawanan musim ini kerana krisis kecederaan melibatkan ramai bek tengah Liverpool.

Baca yang lain