[VIDEO] Lihat Keretapi Lalu Ketika Perlawanan Bola Sepak Di Stadium Balog Cierny

Sebenarnya dalam dunia kita ini, banyak tempat menarik dan unik. Bagi peminat bola sepak apa kurangnya, banyak juga stadium yang unik dengan pemandangan luar biasa.

Dan salah satu daripadanya adalah Stadium Majlis Perbandaran Cierny Balog yang terletak di Slovakia.

Stadium tersebut terletak di sebelah landasan kereta api. Landasan tersebut menjadi sempadan antara padang dan juga tempat duduk penonton.

Stadium Majlis Perbandaran Cierny Balog menjadi satu satunya stadium di dunia ini berada di landasan keretapi yang masih aktif beroperasi.

Cierny Balog merupakan sebuah kawasan yang menjadi pusat kepada anti Nazi Slovak pada perang Dunia Kedua.

Terdapat 13 kampung di dalam kawasan tersebut. Landasan keretapi tersebut sudah beroperasi sejak awal 1900-an lagi. Ianya dahulu digunakan untuk mengangkut kayu dari Cierny Balog ke Hronec.

Selepas itu keretapi tersebut turut menjadi komersial untuk penumpang. Ia menghubungkan penduduk dari kampung ke bandar.

Pada pertengahan abad ke-20, landasan tersebut disambung lagi sehingga 132,000 kilometer. Menjadikannya landasan keretapi paling panjang di Czechoslovakia.

Pada 1914, ketika landasan itu dibina, tiada padang bola sepak di situ. Namun selepas itu, pertambahan penduduk di sekitarnya membuatkan wujudnya padang bola sepak.

Pada 1982, landasan tersebut ditutup. Sedekan kemudian operasinya disambung semula sebagai salah satu keretapi perlancongan. Stadium tersebut kemudiannya dibangunkan dan dibina tempat duduk penyokong.

Landasan keretapi tersebut kini hanya 17 kilometer sahaja. Dan ianya memang untuk mengangkut pelancong yang mahu bersiar siar.

Stadium Majlis Perbandaran Cierny Balog bmerupakan ‘rumah’ kepada kelab TJ Tatran Cierny Balog club.

Walaupun stadiumnya kecil namun ia sangat unik. Berikut beberapa gambar daripada stadium tersebut:

Kalau masa situasi tengah getir atas padang dan nak gol, tiba tiba keretapi lalu, memang lain macam juga kan?

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang