[VIDEO] Lihat Overhead Kick Spektakular Zlatan Pada Babak Akhir Berikan Kemenangan Pada Milan

Zlatan Ibrahimovic terus menunjukkan taringnya bersama dengan AC Milan.

Zlatan menjadi bintang utama dalam memacu kebangkitan Milan dalam beberapa bulan terakhir ini terutama sekali awal musim ini.

Dalam aksi kunjungan Milan ke Udinese, Zlatan melakukan satu lagi aksi spektakular pada minit ke-83 dengan gol overhead kick.

Milan mendahului menerusi Franck Kessie pada minit ke-18. Namun kedudukan disamakan oleh Rodrigo De Paul menerusi penalti minit ke-46.

Ketika perlawanan seakan akan berakhir seri, Zlatan Ibrahimovic melakukan ini:

Ianya satu overhead kick yang dilakukan sebaik mungkin agar bola menuju ke sudut sukar dicapai penjaga gol.

Selepas 6 perlawanan AC Milan kekal tak kalah. Satu satunya pasukan belum kalah di Serie A musim ini.

Milan mencatatkan 5 kemenangan dan satu seri.

Pada usianya 39 tahun, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan 8 gol pada musim ini daripada 4 perlawanan.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu