Mr Zhang baru sahaja meraikan lesen memandu penuh beliau pada hari itu. Dan dia pun mahu bersiar-siar dengan keretanya dengan lesen penuh, bukannya percubaan.
Cuma masalah Zhang sekarang ini, dia membuat kesilapan yang paling ditegah iaitu bermain telefon bimbit.
Akibat tidak fokus kepada pemanduan, kereta dipandunya telah meluncur ke dalam sungai.
Mujur pada masa itu, dia tak melanggar orang lain kerana perbuatannya yang bermain telefon itu.
Janganlah nak memperjudikan nyawa sendiri dan orang lain hanya kerana syok bermain telefon dalam kereta.
Zhang ketika itu memuat naik status di media sosialnya. Dan dia banyak menerima ucapan tahniah daripada kawannya menerusi mesej dan sebagainya.
Zhang yang terlalu teruja, mahu membaca kesemua mesej itu, terutama sekali daripada teman waanitanya.
Mujur nyawa dia tak melayang kerana kelemasan, hanya sepuluh minit selepas mendapat lesen.
Kejadian itu berlaku di Meitan, di kota Zunyi, wilayah Guizhou, Selatan China.
Menurut laporan media tempatan, kereta dia pun baru dibeli. Dia menunggu saat dia mendapat lesen untuk memandu kereta itu.
Satu rakaman CCTV memaparkan detik kejadian di mana kereta itu telah terkeluar daripada jalanraya serta jambatan Laoping.
Zhang yang panik ketika itu, menekan minyak lagi kuat, dan bukannya brek. Maklumlah pemandu baharu.
Zhang berkata kepada wartawan: “Ketika saya memandu, saya menggapai telefon saya sebab nak membaca ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan teman wanita saya.”
“Saya hampir melanggar dua orang di depan saya – di jambatan itu. Saya cemas dan memutarkan stereng kereta ke sebelah kiri dengan mengejut.”
Mujur Zhang dapat mengeluarkan diri. Keran keretanya ringan dan tak terus termendap tengelam dalam air.
Zhang menambah: “Mujur kereta itu terapung dalam beberapa ketika itu.”
“Pintu bahagian pemanduan tidak dapat dibuka. Dan saya menendang pintu sebelah penumpang. Jika tidak, saya langsung tak dapat keluar. Tangan saya terseliuh.”
https://youtu.be/vDoCQ6HKgBM
Orang awam di situ membantunya, dengan memberikannya pakaian kering. Keretanya kemudian diangat dengan kren.
Zhang akan tetap berhadapan dengan tindakan undang undang jalanraya di China. Dia berhadapan dengan denda 200 yuan ataupun sekitar RM120.00 serta ditolak dua mata pada lesennya.
Di China, Jabatan Pengangkutan Jalan mereka mengeluarkan statistik bahawa, mereka yang memandu sambil bermain telefon pintar memiliki risiko 23 kali ganda lebih tinggi akan terlibat kemalangan.