[VIDEO] Manuel Akanji Rupa Rupanya Genius Matematik, Mendarab Lebih Laju Daripada Kalkulator

Manuel Akanji sudah menguatkan namanya sebagai salah seorang bintang pertahanan di Bundesliga.

Bukan sahaja cemerlang di atas padang, dia juga seorang yang sangat pintar dan bijak.

Dia dilantik menjadi ahli perwakilan pemain dalam Borussia Dortmund untuk mewakili suara pemain pemain muda.

Akanji memiliki daya komunikasi yang hebat. Dia fasih berbahasa Inggeris, Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman. Membuatkan Akanji sangat mudah berkomunikasi dengan rakan sepasukannya.

Akanji sebelum ini menyatakan cuma ‘Bahasa Sepanyol sahaja yang tak ada’. Tetapi pemain itu sudah menegaskan bahawa dia dalam proses meningkatkan lagi kemahiran bahasanya.

Di dalam skuad BvB, Manuel Akanji digelar genius matematik. Ini kerana dia sangat pandai dalam bidang tersebut. Dia adalah pelajar cemerlang dalam matemaik.

Dia boleh menyelesaikan sifir lebih cepat daripada kalkulator.

Bakat matematik yang ada pada Manuel Akanji mulai diketahui ketika dia menyertai program tv di Switzerland.

Akanji berkata: “Saya suka menyelesaikan sifir di dengan kepala saya. Saya boleh melakukannya dengan baik.”

Jadi adakah benar Akanji lebih laju daripada kalkulator untuk menyelesaikan sifir ataupun pendaraban?

Saksikan:

Ini satu lagi video yang menunjukkan betapa bagusnya Akanji dalam matematik.

Berdesup bukan?

Peminat kagum dengan keupayaan beliau dan ada yang berseloroh menulis:

“Ibu bapa berkata: Bermain bola sepak banyak sangat nanti kamu tak pandai belajar.”

“Akanji:”

 

Baca yang lain