[VIDEO] Maripan Menggelecek Messi Dengan Gerakan ‘Signature’ Messi, La Croqueta

Aksi Chile berhadapan dengan Argentina berkesudahan seri dengan 1-1.

Messi meletakkan pasukannya di hadapan dengan gol sepakan percuma berkelas dunia.

Namun masih gagal untuk membantu Argentina meraih 3 mata penuh. Kerana pada separuh masa kedua, Vargas menyamakan kedudukan hasil daripada susulan kepada sepakan penalti Vidal yang tak masuk.

Namun satu babak menarik apabila Messi ditewaskan lawannya secara 1 lawan 1 dengan gerakan yang menjadi cap dagang beliau sendiri iaitu La Croqueta.

Definisi ringkas

Pernah tak anda mendengar La Croqueta? Mungkin ada yang pernah dan ada yang belum pernah. Ia adalah satu maneuver yang sangat signifikan dengan Andres Iniesta dan kemudiannya Lionel Messi.

Gerakan ini adalah dengan melibatkan 2 kaki. Kaki yang sedang dengan bola akan menolak bola sedikit menyilang (arah selari dengan bahu) dan kaki kedua akan menolak melepasi pemain lawan

Ianya melibatkan pertukaran arah bola untuk memanipulasi gerakan lawan yang merapati anda. Gerakan ini memang sangat baik untuk digunakan dalam keadaan ruang sempit ataupun close control.

Ianya kelihatan sangat mudah tetapi memerlukan anda melakukannya pada masa dan ruang yang tepat untuk mengelakkan anda terus dibentes pemain.

Dalam bahasa Sepanyol, La Croquette merujuk kepada penaik selera (appetizer). Biasanya, La Croquette adalah terdiri daripada keju, ayam dan juga kentang yang garing.

Jadi, perkataan La Croqueta dalam bola sepak adalah merujuk kepada, teknik untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa dihimpit pemain lawan seperti makanan yang garing.

Iniesta pernah menyatakan yang beliau banyak belajar teknik ini selepas menyaksikan seorang lagi legenda Barcelona, Michael Laudrup yang sangat gemar menggunakan teknik ini.

Messi ditewaskan dengan la Croqueta

Berbalik kepada aksi la croqueta yang dilakukan oleh pemain Chile, Guillermo Maripan, beliau berjaya melakukannya dengan clean sekali menewaskan Messi.

Gerakan jahat itu menjadi perbualan ramai. Akhirnya senjata Messi makan tuan dia sendiri selepas banyak kali Messi menjadikan orang lain mangsanya.

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah