[VIDEO] Marquez Kemalangan Dan Melambung Dalam Sesi Latihan Di Belanda

Marc Marquez berjaya mendapat keputusan yang baik dalam sesi latihan bebas MotoGP Belanda 2021 yang berlangsung pada hari Jumaat, 25 Jun 2021. Pada masa itu, dalam sesi latihan bebas pertama,  Marc Marquez menduduki tempat kesembilan.

Keputusan yang lebih baik dicapai dalam sesi kedua, di mana Marc Marquez menduduki tempat kelima. Sebenarnya, kedudukan Marc Marquez boleh menjadi lebih baik lagi, sekiranya juara dunia enam kali di kelas MotoGP tidak mengalami kemalangan dalam latihan bebas kedua.

Semasa berada di selekoh pada penjuru ke-10 Litar Assen, motosikal Marc Marquez tiba-tiba bertukar arah dan membuat Marquez melambung ke udara.

Ramai yang risau melihat keadaan Marquez yang melambung.

Namun mujur, Marc Marquez tidak mengalami kecederaan serius. Lengan kanan Marc Marquez, yang sebelum ini cedera kerana kemalangan ngeri musim lalu – dilaporkan tidak apa apa dan baik baik sahaja.

Ini kerana impak kemalangan itu tidak melibatkan perlanggaran dengan motosikal. Terima kasih pastinya kepada sut khas yang digunakan pelumba MotoGP yang memang dicipta dengan teknologi perlindungan hentakan dan impak seperti itu.

Selepas tamat sesi latihan, Marquez memberitahu wartawan bahawa dia bernasib baik kerana tidak cedera serius. Dia pelik kerana motosikalnya tiba tiba hilang kawalan.

“Pertama sekali saya harus mengatakan bahawa saya berasa bertuah kerana keluar dari kemalangan dalam keadaan baik secara keseluruhan. ”

“Ini adalah jenis kemalangan yang boleh menjadi sangat ganas dan sangat berbahaya. ”

“Sudah tentu saya berasa sakit, tetapi masih baik-baik saja, “kata Marquez yang sudah bersedia untuk memulakan perlumbaan hujung minggu ini.

“Ini adalah kemalangan yang pelik kerana saya tidak menyangka bahawa saya melintasi garisan dan saya menunggang motosikal seperti pada waktu pagi [sesi FP1], untuk mengetahui had saya dan cara apa yang harus dilakukan,” tambah beliau lagi.

Minggu lalu Marc Marquez meraikan kemenangan MotoGP pertamanya selepas 581 hari. Beliau ketika itu sangat emosi kerana tidak menyangka hari itu akan tiba lagi.

Marc Marquez malah pernah berfikir untuk bersara selepas kemalangan yang hampir meragut nyawa dan kariernya itu.



 

BACA JUGA: Kenali Sut Pelumba MotoGP Yang Berteknologi Tinggi

Setiap kali ke trek, para penunggang MotoGP sentiasa akan menggunakan perlindungan maksimum. Malah perkara itu adalah piawaian wajib kepada semua pelumba.

Bermula dari topi keledar, sarung tangan, kasut sehinggalah pakaian lumba – kesemuanya dapat melindungi pelumba dari kecederaan serius.

Semua kita sedia maklum bahawa perlumbaan MotoGP adalah sukan bermotosikal dengan kelajuan tinggi.

Rossi sebelum ini pernah berkata: “Sukan ini memerlukan kita berada di atas motosikal pada kebanyakannya dalam kelajuan lebih 300kmj.”

Jadi, impak daripada kemalangan adalah serius – jika tiada perlindungan yang terbaik.

Sebelum ini kita melihat bagaimana beberapa pelumba terbabas di atas trek namun impak kemalangan mereka tidak seteruk apa yang kita jangkakan berdasarkan kondisi motosikal dan bagaimana insiden itu berlaku.

Dalam motoGP Styria, Maverick Vinales melompat daripada motosikalnya. Dan beliau tidak mengalami kecederaan serius kerana airbag pada bajunya berfungsi dengan baik.

Alpinestars adalah salah satu pereka dan pengeluar pakaian lumba terkemuka yang digunakan dalam MotoGP.

Di sebalik keselamatan suit pelumba berkulit tebal, ada beberapa fakta menarik untuk dikongsi.

Sebelum ini laman rasmi Repsol Honda pernah berkongsi menyatakan bahawa beberapa bahagian penting dalam baju lumba ataupun jaket lumba ini.

1. Jahitan tangan

Kesemua jaket pelumba adalah adalah dihasilkan dengan jahitan tangan. Biasanya baju ini dibuat daripada kulit kanggaru.

MotoGP memakai material yang boleh dikitar semula dalam pembuatan sut baju pelumba.

Pada proses awal adalah mengambil ukuran yang sangat tepat pada pelumba. Oleh itu tidak ada pelumba MotoGP yang akan memakai baju yang sudah ready made.

Mereka perlu memakai baju yang khas dengan saiz dan ukuran tepat badan mereka.

Selain itu ia juga dihasilkan dengan material yang sangat berkualiti tinggi agar pelumba mendapat perlindungan maksimum dan pada masa yang sama selesa berada di atas motosikal dalam perlumbaan yang panjang.

2. Beg udara

Ini adalah aspek keselamatan yang paling penting. Ingat kereta je ke ada airbag?

Beg udara mempunyai dua muatan dan ia akan tetap mengembang selama lima saat setelah jatuh.

Baju pelumba MotoGP ni ada sensor yang sangat canggih untuk mengesah impak pada para pelumba.

Apabila ia mengesan kemalangan berlaku, beg udara akan mengembang dan mempertahankan kawasan dada, tulang selangka dan tulang belakang pemakai.

Oleh sebab itu beg udara itu akan mulai aktif sebelum badan pelumba rebah di permukaan trek.

Lihat Andrea Dovizioso menujukkan bagaimana baju itu mengembang apabila beg udara diaktifkan:

3. Teknologi anti hentakan

Baju lumba ini juga memiliki teknologi yang mampu menyerap hentakan ketika pelumba terjatuh.

Lapisan kulit telah diuji untuk menentukan keupayaan dan ketahanannya. Sut ini dibina dengan banyak sekali lapisan kulit yang tebal.

Sut lumba mempunyai enam helai pelindung yang diletakkan dalam poket dalam. Dua pelindung di lengan, dua di kaki, satu untuk bahagian dada dan satu di bahagian belakang.

4. Empat set

Kebiasaannya para pelumba akan memakai 4 set sut lumba ini untuk setiap siri perlumbaan. Ia bergantung kepad keperluan pelumba.

Jika ada baju yang rosak, mereka ada menyediakan pegawai membaiki jaket tersebut di paddock. Pada yang tak dapat dibaiki dan rosak, maka para pelumba akan dibekalkan dengan set baju baharu untuk melengkapkan jumlah 4 sebagai persediaan.

Hal ini kerana dalam setiap siri perlumbaan, para pelumba melalui beberapa sesi latihan bebas, kemudian pusingan kelayakan dan seterusnya perlumbaan sebenar.

5. Hidrasi

Ianya juga salah satu perkara penting dalam pembuatan sut MotoGP. Di mana pengudaraan sangat dititikberatkan.

Ini kerana para pelumba memakai sut yang tebal dan berlumba di bawah cuaca panas, boleh membuatkan mereka dehidrasi.

Baju lumba ini dilengkapi dengan sistem pengudaraan dan circulation yang terbaik.

Baju ini juga dibekalkan dengan aerodynamic hump yang biasanya dimuat dengan air sekitar 200-300 millilitres.

Ini kerana pelumba akan sedaya upaya mahu mengurangkan berat badan mereka di atas motosikal.

Sepanjang jarak perlumbaan di MotoGP, para pelumba terdedah kepada dehidrasi, lebih-lebih lagi mulut mulai mengering dan menjadi tidak selesa, dan hanya sedikit lega kerana dapat mengambil sedikit air.

Hydrobag akan masuk ke bonggol dan mereka mempunyai sistem saluran ke helmet, di mana penunggang hanya dapat minum sikit menerusi straw.

Rumusan

Itulah antara 5 elemen penting dalam sut MotoGP yang wajib dipakai para pelumba. Ada banyak lagi teknologi terkini dipasang dalam sut tersebut.

Namun 5 perkara ini antara yang paling penting bagi pelumba.

 

Baca yang lain