[VIDEO] Melayang Sterling Terkena Smack Down

Marc Guehi tidak menunjukkan rasa simpati mahupun belas kasihan ketika melakukan satu cabaran keras kepada Raheem Sterling dalam aksi Piala FA di antara Swansea dengan Manchester City.

Insiden berlaku sebelum rehat. Di mana Sterling berlari masuk ke dalam kotak penalti dengan mencipta situasi 2 lawan 2 menerusi serangan pantas.

Sterling kemudian cuba melepasi Guehi dengan menukar arah lariannya, tetapi pemain yang dipinjam dari Chelsea itu melakukan aksi ala WWE untuk mematikan langkah Sterling.

Namun begitu, pengadil berpendapat ianya adalah cabaran menggunakan bahu / shoulder challenge, dan tiada penalti diberikan.

Pengulas BT Sports, Martin Keown menyamakan tindakan Guehi itu dengan judo. Dan para netizen turut hangat membincangkannya.

Peminat tegar Man City, Liam Gallagher melabel ia sebagai ‘Smack Down’.

Guehi terlalu fizikal untuk Sterling. Langsung tidak ada peluang untuk Sterling melepasi badan pemain itu.

Korang saksikan di sini aksi tersebut, dan nilaikan sendiri, sama ada korag rasa ia penalti ataupun tidak?

Beberapa reaksi netizen menarik perhatian ramai berkaitan dengan insiden tersebut.

Manchester City menang 3-1 ke atas Swansea. Raheem Sterling berjaya menyumbat satu gol. Manakala dua lagi gol adalah menerusi Kyle Walker dan juga Gabriel Jesus.

Sementara gol saguthati Swansea dijaringkan oleh Morgan Whittaker.

Sterling terus menjadi nadi penting Manchester City pada musim ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan