[VIDEO] Mendy Terciduk Ketika Cuba Gelecek Aaronson, Chelsea Kalah 3-0 Di Elland Road

Edouard Mendy melakukan kesilapan untuk dilupakan dalam perlawanan menentang Leeds. Di mana dia telah terciduk ketika cuba menggelecek Brenden Aaronson dan akhirnya dia kehilangan bola dan pemain itu menghukumnya dengan gol pertama Leeds.

Kejadian itu berlaku pada minit ke-33, ketika Chelsea diserang bertalu talu oleh Leeds. Chelsea jelas sekali tercari cari rentak dalam perlawanan ini.

Leeds melayan kunjungan Chelsea dalam aksi ketiga EPL kedua dua pasukan.

Chelsea keciciran mata pada masa kecederaan dalam aksi berdepan Spurs sebelum ini. Mahu bangkit segera untuk meraih 3 mata.

Chelsea jelas sekali berdepan dengan isu no.9. Kai Havertz ternyata bergelut dengan prestasinya.

Namun Chelsea hampir di hadapan ketika Raheem Sterling dengan licik melakukan cut inside dan melencongkan bola masuk pada minit ke-15. Malangnya gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Leeds kemudian menaikkan intensiti perlawanan mereka dan mencipta beberapa peluang gol.

Pada minit ke-33, Brenden Aaronson diberikan gol percuma oleh Mendy. Di mana penjaga gol Chelsea itu memutuskan untuk bermain fancy dan cuba menggelecek Aaronson.

Namun Mendy kehilangan bola ketika ditekan Aaronson. Dia kemudian memenangi bola dalam keadaan gawang ternganga, langsung tiada sebarang masalah.

Tuchel benar benar kecewa dengan kesilapan seperti itu. Hal ini kerana Mendy sebenarnya memiliki masa dan ruang yang cukup untuk mengeluarkan bola atau menghantar segera kepada rakannya.

 

Tidak lama selepas itu, Chelsea bolos lagi, kali ini menerusi Rodrigo Moreno yang menanduk masuk hantaran Jack Harrison menewaskan Mendy.

Chelsea ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua Chelsea memperbaiki corak permainan mereka. Dan hampir merapatkan jurang gol menerusi Gallagher dari kedudukan 1 lawan 1. Tetapi bola diselamatkan Meslier dan pengadil mendapati Sterling ofsaid.

Ketika Chelsea menikmati permainan terbaik mereka dalam perlawanan ini, Leeds menambah 1 lagi gol. Kali ini menerusi salah seorang pemain paling rajin dan bekerja keras dalam perlawanan ini iaitu Jack Harrison.

Berlaku keadaan kucar kacir di hadapan gawang Mendy, dengan Harrison menjolok bola masuk dengan kakinya. Penjaga garisan mengesahkan bola adalah bersih dan onside. Leeds kini 3-0 pada minit ke-69. Kali ini Rodrigo Moreno pula yang mencipta assist.

Keadaan bertukar daripada teruk kepada lebih teruk apabila Kalidou Koulibaly dibuang pada minit ke-84. Ianya selepas pemain pertahanan Chelsea itu menerima kad kuning kedua.

Tamat perlawanan Leeds 3 Chelsea 0.

Ianya adalah kekalahan pertama Chelsea musim ini.

Baca yang lain