[VIDEO] Messi Hampir Melakukan ‘Hand Of God’ Pada Hari Penghormatan Maradona

Barcelona memberikan penghormatan khas kepada Diego Maradona, legenda yang pernah menyarung jersi mereka pada satu ketika dahulu.

Sebelum sepak mula, Barcelona meletakkan jersi ikonik no.10 di tengah padang sebagai penghormatan terakhir buat mendiang yang menghembuskan nafas terakhir beberapa hari lalu kerana komplikasi jantung.

Dalam aksi Barcelona menentang Osasuna, Lionel Messi hampir melakukan hand of god versi dirinya, mungkin ianya untuk memberikan penghormatan kepada legenda Diego Maradona.

Messi dilihat cuba menyambar bola itu dengan tangannya, namun memutuskan untuk membatalkan niatnya kerana bola itu sudah menuju ke gawang gol.

Pada minit ke-29, Martin Braithwaite menjaringkan gol dengan mengambil kesempatan dalam pergelutan di hadapan gawang Osasuna.

Bola yang lalu di atas kepala Messi, hampir sahaja disentuh oleh pemenang ballon d’or enam kali itu.

Sebenarnya ini bukan pertama kali Messi cuba melakukan aksi ala Diego Maradona itu. Sebelum ini beliau pernah melakukannya.

Dalam perlawanan yang sama Lionel Messi memakai jersi Newell’s Old Boys dengan nombor yang pernah dipakai oleh Maradona.

Messi meraikan gol keempat Barcelona dengan menanggalkan bajunya dan menunjukkan tangannya ke langit sebagai penghargaan dan penghormatan kepada Maradona.

Maradona sang legenda

Diego Maradona, dianggap salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman di arena bola sepak. Lihatlah apa yang dia lakukan di dalam kariernya.

Menjulang Argentina menjadi juara dunia, dengan aksi yang dikatakan hampir one man show. Dan kemudian membantu pasukan kecil seperti Napoli memecahkan dominasi kelab kaya di Itali untuk menjadi juara Itali sebanyak 2 kali.

Maradona adalah pemain yang kariernya sarat dengan suka dan duka, rona yang tersendiri mencorakkan namanya di hati peminat.

Maradona lahir pada Oktober 1960 di Villa Fiorito, Buenos Aires. Merupakan anakn kelima daripada 8 adik beradik. Ayahnya seorang pekerja kilang.

Dari kecil, Maradona berimpian mengubah nasib keluarganya. Dan cara terbaik yang mampu difikirkannya adalah dengan bola sepak.

Bakatnya yang luar biasa membuatkan namanya menjadi perhatian dengan cepat di negaranya. Dia diserap masuk ke dalam pasukan Piala Dunia Belia 1979 di Jepun. Ini selepas dia terlepas tempat dalam skuad Piala Dunia pada sebelumnya.

Maradona membantu negaranya menjulang Piala Dunia Belia 1979.

Dan pada 1982, Maradona melakukan debutnya bersama Argentina dalam Piala Dunia di Sepanyol. Dalam aksu superclasico pertamanya bertemu Brazil, dia dibuang padang.

Maradona berkelana ke Eropah dengan menyertai kelab gergasi Sepanyol dan juga Napoli. Ketika di Barcelona, dia berdepan dengan isu kecederaan dan juga beberapa isu disiplin. Akhirnya dia dilepaskan ke Napoli pada 1984.

Di sana dia menjadi Raja Naples / King of Naples. Ini selepas Maradona membantu Napoli menjadi juara Itali sebanyak 2 kali.

Prestasi cemerlangnya di Napoli menjadikannya pemain yang menuju ke kemuncak kariernya.

Pada 1986 adalah kemuncak sebenar karier Maradona. Di mana dia mengepalai negaranya menjulang Piala Dunia 1986 di Mexico.

Ketika itu Maradona melakukan gol kontroversi paling popular dalam bola sepak iaitu, hand of god.

Namanya menjadi sasaran media dan peminat England sehingga ke hari ini. Mereka menganggap Maradona adalah penipu.

Maradona sendiri menyatakan dia memahami kesakitan dirasai peminat England dan mengakui jika pada masa itu ada VAR, sudah pasti gol itu tak akan pernah wujud.

Satu lagi gol solonya dalam perlawanan itu, lebih cantik di mana Maradona menggelecek hampir separuh daripada pemain England di atas padang sebelum mengacah Peter Shilton. Gol yang diiktiraf FIFA sebagai gol tercantik dalam abad ini.

Maradona bermain dalam final Piala Dunia 1986, dan beliau membantu negaranya menewaskan Jerman Barat 3-2 di Atzeca Stadium, Mexico City.

Ia kekal menjadi momen paling indah dalam sejarah bola sepak Argentina. Pencapaian yang tidak pernah disangka sangka akan dilakukan mereka ketika itu.

Segalanya menjadi realiti kerana adanya pemain bernama Maradona.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan