[VIDEO] Messi Pressing Hanya Dengan Melenggang Menjadi Tular

Lionel Messi kerapkali dipanggil GOAT di kalangan peminat bola sepak, merujuk kepada pemain terbaik sepanjang zaman.

Baru baru ini, Quique Setien antara yang mengakui ke-kambing(GOAT)-an Messi di atas padang.

Dan Setien menegaskan bahawa Messi adalah pemain yang suka melakukan apa yang dia mahu lakukan, sesuka hatinya.

Semalam tular satu video memaparkan bagaimana Messi kembali (drop back) untuk bertahan. Aksi itu dirakam ketika perlawanan UCL di antara Barcelona dan Dynamo Kiev.

Messi dilihat hanya melenggang dengan berjalan seolah olah dia sedang bersiar siar.

Corak bertahan Messi itu mendapat perhatian ramai. Kerana rakan rakannya yang lain sibuk menyusun atur posisi dan mengenakan pressing.

GOAT pula hanya berjalan seperti mandur.

Ada netizen yang mengambil satu lagi video yang lebih penuh aksi Messi tersebut.

Dan sebenarnya, Messi melenggang pada minit ke-90. Dan pasukannya sudah mendahului dalam kedudukan 2-1.

Walaupun begitu, sebenarnya, itu bukan alasan untuk pemain tidak melakukan pressing. Misalhnya Elneny terus melakukan pressing walaupun pada minit ke-91.

 

Tapi nak buat macamana, dia kan Messi.

Kemudian peminat Barcelona berkongsi detik di mana Messi berlari mengejar pemain lawan ketika mereka diserang balas.

Barcelona menang 2-1 dalam aksi berdepan Dinamo Kiev. Messi menjaringkan gol awal seawal minit ke-5 menerusi sepakan penalti.

Musim ini Messi sudah menjaringkan 4 gol dan kesemuanya menerusi sepakan penalti.

Gerard Pique menambah gol Barcelona pada minit ke-65. Namun Kiev menghidupkan perjuangan mereka dengan gol daripada Viktor Tsyhankov pada minit ke-75.

Messi sukar dikawal kata Setien

Kenyataan Setien baru baru ini menimbulkan rasa tak senang di kem Koeman. Ini apabila Setien menggambarkan bahawa Lionel Messi adalah pemain yang ego.

Koeman malah menyatakan Messi sangat mudah dikawal dan diuruskan. Messi merupakan pemain yang sentiasa menunjukkan “cita-cita” dan “watak kemenangannya.”

Quique Setien menggambarkan pemain bintang Argentina Messi sebagai pemain terhebat sepanjang zaman tetapi, beliau turut berkata: “Ada aspek lain selain pemain dan ia lebih sukar untuk dikendalikan. Jauh lebih sukar.”

“Ini sesuatu yang melekat pada banyak atlet yang dapat dilihat dalam dokumentari Michael Jordan [‘The Last Dance’]. Anda melihat perkara-perkara yang tidak anda harapkan.”

“Saya berkata kepada Messi jika kamu tidak mahu mendengar apa yang saya katakan, pintu keluar ada untuk kamu. Namun Messi tidak memberikan sebarang respon” tegas Setien.

Koeman berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan khidmat Messi dalam saga perpindahan yang sangat rumit. Selepas Messi meminta dilepaskan.

Tetapi Koeman menegaskan bahawa dia tidak sukar menguruskan pemain yang dianggap oleh yang terbaik sepanjang zaman itu.

“Saya menghormati semua pendapat. Bagi saya Leo adalah pemain terbaik di dunia, saya melihat cita-citanya dan watak kemenangan,” katanya pada sidang akhbar menjelang pertembungan Liga Juara-Juara Eropah berdepan Dynamo Kiev di Camp Nou.

“Saya tidak menghadapi kesukaran untuk memimpin [dia]. Dia adalah kapten dan saya bercakap dengannya setiap minggu. Saya melihat perkara yang berbeza dari Setien dan saya tidak setuju [dengan pendapatnya].”

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan