[VIDEO] Nani Sentap Di Bumi Amerika, Melihat Teruknya Pengadil Beri Kad Merah Untuk Bentesan Seperti Ini

Nasib malang menimpa bekas pemain Manchester United, Luis Nani, ketika pasukannya, MLS Orlando City, menghadapi Columbus Crew di aksi MLS pada Khamis lalu.

Nani, yang bertindak sebagai kapten Orlando City, dibuang padang oleh pengadil setelah cabarannya ke atas Artur.

Keputusan ini agak kontroversi, terutama kerana terdapat campur tangan dari VAR untuk membuang Nani daripada aksi.

Pada mulanya pemain Portugal itu hanya dilayangkan kad kuning. Nani membantah kad kuning itu dan menyatakan bentesan itu bersih.

Bagaimanapun pengadil segera melihat skrin VAR.

Nani kad merah

Pengulas perlawanan awalnya tidak pasti apa yang cuba dilihat pengadil. Dan mereka difahamkan pengadil menyemak insiden Nani.

Jika VAR campur tangan bermakna pengadil meninjau insiden kekasaran yang berpotensi kad merah.

Pengadil kembali semula ke tengah padang dan Nani akhirnya dikenakan kad merah.

Para pemain Orlando sangat bengang dengan keputusan pengadil.

Nani menjadi sangat emosi dengan kad merah itu dan tidak dapat menahan air matanya. Dia sangat kecewa dengan kad merah tersebut.

Mungkin ini kad merah paling teruk dia pernah terima. Nani banyak berkarier di Eropah sebelum ini. Tak sangka dia akan melihat kad merah itu walaupun dia merasakan dia melakukan bentesan bersih.

Saksikan detik itu di sini:

Ramai peminat mengecam mutu pengadilan. Dan menurut mereka bentesan Nani itu bersih.

Kalau ye pun pengadil anggap itu foul takkanlah sampai kad merah kerana tindakan Nani langsung tidak memudaratkan lawannya.

Lucas berkata: “Memberikan Nani kad merah untuk insiden ini – selepas melihat VAR – adalah pengadilan paling teruk saya pernah saksikan dalam hidup saya.”

 

 

 

Orlando City kemudian membuat rayuan dan mencabar keputusan VAR itu. Dan akhirnya kad merah itu ditarik balik:

Nasib baik dalam perlawanan ini, Orlando City memenangi perlawanan 2-1.

Nani, yang menghabiskan tujuh tahun di Old Trafford, bergabung dengan Orlando pada tahun 2019 dan telah menjadi pemain penting dalam skuad.

Nani juga pernah menangis setelah ditunjukkan kad merah pada 2013 ketika dia dibuang ketika kekalahan Liga Juara-Juara Eropah di tangan Real Madrid di Old Trafford.

Juga keputusan pengadil ketika itu agak teruk dan hampeh. Kesian Nani ni asyik jadi mangsa.

Dia dibuang padang oleh pengadil Turki Cuneyt Cakir setengah jam sebelum perlawanan berakhir.

Baca yang lain