[VIDEO] Netizen Geram Tengok Neymar Koyak Kena ‘Showboating’

Neymar sebelum ini pernah mengkritik pengadil yang melayangkan kad kuning kepadanya hanya kerana dia tunjuk skil kepada lawan yang sedang kalah.

Dalam bola sepak, pemain yang melakukan showboating ketika lawan sedang kalah dianggap tidak menunjukkan semangat kesukanan. Dan pengadil berhak melayangkan kad kuning.

Raheem Sterling pernah dimaki oleh pemain Manchester United kerana melakukan showboating dengan niat menganjing lawannya. Namun Sterling menafikan dia berbuat begitu kerana dia mahu melakukan skil untuk melepaskan diri.

Bekas pengurus Manchester City, Stuart Pearce menyatakan bahawa Sterling tidak harus melakukan perkara seperti itu lagi. Malah Pep Guardiola sendiri tidak setuju dengan tindakan Sterling masa itu.

Tahun lalu, rakan sepasukan Neymar dalam skuad kebangsaan, Lucas Paqueta dilayangkan kad kuning kerana showboating dalam aksi Lyon berdepan Troyes.

Neymar teringat akan dirinya yang pernah dilayangkan kad kuning kerana showboating, kemudian menganggap bola sepak berseni Joga Bonito sudah mati.

Neymar menganggap peraturan menghukum pemain yang tunjuk skil adalah tidak patut kerana dia percaya bola sepak adalah sukan yang berseni.

Menulis dalam Instagramnya, Neymar berkata: “Episod yang sangat sedih, sangat sedih! Mendapat kad kuning hanya kerana dia menggelecek?”

“Benda yang sama berlaku pada saya musim lepas. Tahun ini berlaku pada Paqueta. Jujurnya, saya tak tahu apa sebabnya? Joga bonito yang mahsyur itu sudah mati. Nikmatilah sementara masih ada.”

Neymar sebelum itu pernah dilayangkan kad kuning kerana menganjing pemain lawan. Dan dia menjawab pengadil: “Saya cuma bermain bola!”

Dalam aksi antara Nice vs PSG, gergasi Ligue 1 itu sedang ketinggalan pada masa kecederaan. Pemain Nice, Gouiri telah melakukan rainbow flick di depan Neymar.

Pemain antarabangsa Brazil itu kemudian koyak dan menolak pemain tersebut. Neymar merasakan pemain itu sedang menganjing mereka.

Aksi tersebut merupakan aksi selepas perlawanan tamat di mana Nice menang ke atas PSG. Jaringan minit ke-88 Delort membuatkan PSG tewas.

Beberapa tahun lalu, Neymar pernah diserang pemain pemain lawan ketika masih beraksi di La Liga kerana melakukan showboating yang menganjing lawannya.

Oleh sebab itu netizen menganggap Neymar hipokrit apabila dia bengang ketika diperlekeh lawannya dengan skil. Kerana selama ini Neymar menganggap pemain yang melakukan apa sahaja skil dalam apa jua keadaan, tidak sepatutnya dikenakan tindakan.

Neymar memang tak suka orang lain memperlekehkannya dengan skil.

Beberapa tahun lalu, dalam satu sesi latihan rondo, Neymar telah mengasari Ander Herrera. Ianya gara gara bekas pemain tengah Man United itu telah menutmeg Neymar.

Neymar yang awalnya terduduk kerana di’ole’ oleh Herrera, ditertawakan oleh rakannya. Biasalah kan.

Neymar kelihatan tidak ada masalah dengan perkara itu. Sehinggalah dia cuba mencabar bola dari Herrera dan melancarkan sepakan keras ke atas rakan sepasukannya itu.

Herrera terbaring dan mengerang kesakitan kerana sepakan Neymar itu. Perkara itu beerlaku ketika PSG sedang mengadakan sesi latihan untuk persiapan aksi berhadapan dengan RB Leipzig dalam aksi UCL.

Ini sebenarnya bukan kali pertama Neymar menyerang rakan sepasukan dengan mengasari mereka selepas terkena nutmeg daripada rakan sepasukan.

Sebelum ini Weverton pernah melakukan perkara yang sama kepada Neymar. Di mana pemain itu ketika itu baru berusia 19 tahun dipanggil ke kem latihan kebangsaan Brazil.

Weverton bermain rondo dan Neymar berada di tengah. Weverton menolak bola dan menutmeg Neymar. Kemudian Neymar terus merentap baju pemain itu sehingga dia terjatuh.

Insiden itu membuatkan Tite tidak gembira. Namun oleh kerana Neymar seorang superstar maka dia sentiasa diberikan vice versa.

Neymar selalu memalukan rakannya dengan menutmeg mereka. Namun ramai rakannya menganggap itu gurauan seronok sesama rakan. Bukannya satu perkara yang besar.

Dalam kes dengan Herrera ianya memang agak mengejutkan kerana Neymar dan Herrera dikenali dengan kemesraan mereka.

Saksikan insiden kontroversi itu di sini:

Ini pula satu lagi sudut pandangan lain daripada video tersebut:

 

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah