[VIDEO] Omni One Membolehkan Pemain Bermain Game Seperti COD Secara VR Di Atas Threadmill

Dengan perkembangan permainan videoo virtual reality (VR) yang terus berkembang pesat, para gamers kini mahukan satu product yang benar benar memberikan mereka pengalaman yang luar biasa.

Lalu Virtuix Omni One yakin mereka memiliki produk yang mampu memenuhi kehendak gamers.

Omni One bukan sahaja memberikan pengalaman permainan lebih dalam kepada pemain tetapi pada masa yang sama membolehkan gamers bersenam di atas threadmillnya.

Kini korang boleh mengawal larian atauun berjalan di alam maya dengan kaki korang sendiri.

Anda akan dapat merasai sendiri, berlari di dalam permainan Grand Theft Auto ataupun Call of Duty dengan badan anda terikat di Omni One.

Omni mendakwa mereka sudah melakukan banyak ujian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan produk yang benar benar hebat.

Treadmill yang berbentuk oktagon itu mempunyai permukaan yang sangat licin yang mampu bertindak balas terhadap jejak kaki pemain dan menerjemahkannya ke dalam pergerakan dalam permainan.

Ia juga boleh memterjemahkan beberapa perbuatan lain seperti melompat dan membongkok dan juga berlutut.

Para pemain juga menggunakan tangan mereka untuk menghalakan sendiri senjata ataupun raket yang mereka pegang dalam permainan.

Ketika treadmill VR ini dilancarkan pada pertengahan 2021, Virtuix mengatakan ia merancang untuk memiliki 30 permainan yang menyokong treadmillnya.

Permainan-permainan ini masih belum dapat disahkan. Namun Virtuix sudah merancang untuk mendapatkan siri permainan popular seperti Fortnite dan Call of Duty.

Virtuix menegaskan bahawa harga yang dicadangkan setakat ini adalah sebanyak $1,995 ataupun RM8,271.

Ramai menganggap harganya sangat berpatutan berdasarkan apa yang mereka tawarkan.

Virtuix berkata, pengguna dapat memiliki treadmill hampir seperti basikal Peloton untuk gamers.

Di mana, dengan harga yang hampir serupa dengan gergasi teknologi latihan di rumah, ini pasti merupakan cara yang lebih menarik untuk menarik pengguna.

Namun buat masa ini, produk ini masih di peringkat prototaip dan mencari pelabur untuk melabur di dalamnya.

Virtuix akan mengumumkan tarikh ianya akan dikeluarkan kepada orang ramai.

Ayuh saksikan di sini video demonstrasinya:

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang