[VIDEO] Otavio Melakukan Bentesan Sepit Dari Belakang Paling Menganjing Dan Gila

Paulo Otavio telah melakukan satu bentesan yang paling gila dan dianggap menganjing oleh media di Eropah. Di mana dia melancarkan bentesan dari belakang dan menggunting kaki Mu’nas Dabbur untuk menghentikan lawannya menjaringkan gol ke gawang terbuka.

Kejadian itu berlaku dalam aksi kememengan Hoffenheim ke atas Wolfsburg dalam saingan Bundesliga. Hoffenheim mendahului 2-1, Dabbur berpeluang membuatkan skor 3-1 setelah berlari ke arah gawang setelah melakukan serangan balas.

Ketika itu penjaga gol lawan berada di zon serangan lawan dan cuba mengejar.  Pada saat Dabbur sudah melihat gol, Otavio tanpa ragu telah mengepit kakinya dari belakang dan menghentikan peluang untuk lawan mereka menang lebih besar dengan sepenuh tenaganya sebagai lelaki.

Ramai peminat menganggap ianya tindakan paling gila daripada seorang pertahanan. Kerana pasukannya sudah ketinggalan dan dia melakukan bentesan yang menambah lagi penderitaan pasukannya kerana kehilangan pemain selepas ini.

Ia juga dianggap aksi menganjing, antara yang paling gila dilakukan pemain.

Ada juga yang menganggap Dabbur layak dibentes sebegitu kerana mengambil masa terlalu lama untuk melakukan percubaan gol.

Seorang lagi pengguna Twitter menyatakan, setiap pasukan perlu ada pemain seperti Otavio yang sanggup melakukan perkara sebegitu demi pasukan.

Andrej Kramaric menjadi wira penting Hoffenheim dalam kemenangan mereka dan menamatkan rekod 9 perlawanan tanpa kalah Wolfsburg.

Walaupun pasukan pelawat, sebelum ini melalui 7 perlawanan tanpa bolos. Hoffenheim hanya mengambil 8 minit untuk menembusi gawang menerusi Christoph Baumgartner.

Namun begitu Wout Weghorst menyamakan kedudukan untuk pasukannya pada minit ke-23.

Kramarij menjaringkan satu lagi gol dalam aksi separuh masa pertama pada minit ke-41. Dan ianya menjadi gol kemenangan Hoffenheim setelah tiada tambahan jaringan berlaku pada separuh masa kedua.

Baca yang lain