[VIDEO] Payet Balas Baling Balik Tin Minuman Dan Penyokong Marah Serang Pemain

Aksi di antara Nice dan Marseille semalam telah berlaku kekecohan yang sangat bahaya untuk keselamatan pemain.

Ligue 1 musim ini pastinya akan menarik lebih ramai audien dengan kehadiran Lionel Messi. Namun tanpa Messi beraksi pada minggu awal musim ini, Ligue 1 tetap menjadi perhatian dunia.

Kali ini melibatkan insiden panas di Nice. Di mana penyokong menyerang masuk ke dalam padang dan mencederakan beberapa orang pemain. Perlawanan terpaksa dihentikan dan ditunda.

Segalanya bermula apabila penyokong Nice membaling botol yang terkena Dmitri Payet ketika pemain itu berada di penjuru padang.

Nice ketika itu mendahului 1-0 hasil gol oleh Kasper Dolberg. Selepas Payet dibaling botol, rakannya memberikan amaran kepada penyokong Nice tentang tindakan mereka. Payet kemudian mengambil botol dan membalingnya balik ke arah seksyen penyokong.

Tindakan Payet itu membuatkan penyokong Nice marah dan menceroboh padang. Keadaan menjadi huru hara.

Petugas keselamatan bertindak segera untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Di tepi padang pengurus Marseille, Jorge Sampaoli mengamuk dan mahu membaling objek ke arah penyokong yang menyerang pemainnya.

Dia ditenangkan oleh pegawai dan pemainnya yang tidak mahu kejadian lebih buruk berlaku.

Di sebalik kejadian itu, ada seorang penyokong Marseille mengambil kesempatan dengan menumbuk muka penyokong Nice.

Marseille memutuskan untuk tidak mahu meneruskan perlawanan. Presiden kelab, Pablo Longoria memberitahu pegawai perlawanan bahawa pasukannya tidak boleh meneruskan perlawanan.

Ini selepas beberapa pemain mereka cedera dikeronyok penyokong Nice.

Pegawai perlawanan dan juga kapten Nice, Dante dikatakan cuba memujuk pasukan Marseille untuk menyambung perlawanan selepas keadaan dikatakan kembali terkawal.

Malangnya Marseille yang sangat kecewa dengan insiden itu memutuskan untuk tidak masuk ke padang. Sekaligus perlawanan dihentikan dan ditunda.

Tidak pasti sama ada Marseille akan dikenakan penalti kalah 3-0 kerana tidak mahu meneruskan perlawanan. Namun beberapa pundit menyatakan bahawa mereka faham kenapa Marseille tidak mahu meneruskan perlawanan.

Mereka juga menganggap penyokong Nice agak membaling botol dan mencetuskan kekacauan.

Berdasarkan laporan di Perancis, seorang penyokong Nice cedera dengan teruk dan diusung ke hospital selepas terlibat dalam pergaduhan di dalam kerumuman.

Manakala ada 3 pemain Marseille yang cedera di badan mereka termasuk bekas pemain Arsenal, Matteo Guendouzi yang ada kesan merah di lehernya kerana dicekik.

Baca yang lain