[VIDEO] Pemain Shakhtar Donetsk Melakukan ‘Miss’ Terburuk Dalam UCL, Konfiden Celebrate Dah Tu

Danylo Sikan menghasilkan kegagalan menjaringkan gol atau ‘miss’ terburuk dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah ketika aksi Shakhtar Donetsk menentang Celtic.

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Pasukan Ukraine itu memasuki pertembungan Selasa dengan mengetahui bahawa mereka harus mengelakkan kekalahan untuk memastikan mereka kekal dalam persaingan untuk kelayakan dari Kumpulan F pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Usaha solo sensasi daripada pemain sasaran Arsenal, Mykhaylo Mudryk pada separuh masa kedua yelah menyamakan gol pembukaan Georgios Giakoumakis untuk Celtic.

Tetapi Shakhtar mempunyai peluang keemasan untuk mengesahkan ketiga-tiga mata milik mereka dan mencerahkan lagi peluang mereka untuk mara ke pusingan kalah mati.

Pemain pertahanan Celtic Cameron Carter-Vickers yang memutuskan untuk melakukan cabaran, telah membolehkan Mudryk melepaskan diri daripadanya.

Pemain berusia 21 tahun itu kemudian meneruskan lariannya ke arah kawasan gol Celtic dengan hanya penjaga gol Joe Hart berdepan dengannya.

Hart menutup ruang yang ada pada Mudryk dengan Sikan bergerak ke dalam kotak penalti meminta bola dari sebelah kanannya.

Mudryk tanpa mementingkan diri meletakkan bola melintasi gawang terbuka yang terus disambut Sikan.

Ia situasi gol terbuka untuk dimanfaatkan oleh Sikan. Bagaimanapun pemain itu telah gagal menyempurnakan bola. Dengan tangannya kelihatan seolah olah sudah sedia meraikan gol tersebut.

Pemain antarabangsa Ukraine itu melakukan percubaannya yang tersasar dan ia ternyata telah mengejutkan semua orang di dalam Celtic Park.

Di media sosial peminat bola sepak menganggap ianya ‘miss’ terburuk dalam sejarah UCL.

Saksikan sendiri detik menyayat hati itu di sini:

Ada yang mengakui bahawa mereka terkejut dengan kegagalan Sikan itu sambil menyatakan bahawa, letak budak 5 tahun pun boleh menjaringkan gol dalam situasi tersebut.

Tidak kurang juga yang meminta agar akaun Sikan diperiksa, entah entah dia buat benda bukan bukan.

Kedaaan menjadi lebih buruk buat Shakhtar Donetsk apabila RB Leipzig memberikan Real Madrid kekalahan pertama mereka dalam kancah UCL musim ini.

Meletakkan kelab Jerman itu berada 3 mata di atas mereka menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan F.

Baca yang lain