[VIDEO] Peminat Barcelona Puji Juggling Depay Jauh Lebih Senonoh Daripada Dembele

Memphis Depay secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain Barcelona yang baharu semalam. Depay menyertai kelab tersebut secara percuma selepas tidak menyambung kontrak dengan Lyon.

Salah satu tradisi pemain baru Barcelona adalah kena melakukan aksi skil juggling di hadapan media pada sesi pengenalan pemain.

Selaku pemain profesional pastinya itu bukan masalah besar untuk pemain melakukan rutin tersebut.

Depay dengan tenang melakukan sesi tersebut sambil melakukan beberapa aksi gaya bebas di hadapan media.

Peminat Barca akhirnya lega kerana mereka menyaksikan cara sebenar melakukan juggling dengan skil. Kerana sebelum ini mereka pernah dimalukan oleh aksi Ousmane Dembele yang bersepah.

Lebih lebih lagi sebelum ini raja frestyle Ronaldinho pernah menunjukkan kepada dunia kehebatan beliau melakukan aksi tersebut:

Salah seorang peminat Barca menyatakan: “Walaupun aku bukan peminat perpindahan Depay ke Barca, namun ya, itulah cara ianya [juggling] dilakukan.”

Mereka kemudian memetik nama Ousmane Dembele. Pemain dibeli dengan nilai EUR100 juta dari Borussia Dortmund. Di mana pada sesi pengenalannya, pemain itu gagal melakukan skil yang dia mahu tunjukkan.

Sebenarnya boleh je buat juggling asas. Namun selaku pemain mahal, pastinya Dembele mahu memberikan aksi memukau peminat pada sesi pengenalan.

Ianya serba tak menjadi. Malah dia menjadi meme dan bahan troll oleh peminat.

Dembele kelihatan gagah cuba melakukan sombrero ala Maradona selepa aksi frestyle pertamanya gagal.

Berbalik kepada Depay, pemain itu sangat tenang dan menunjukkan cara sebenar melakukan jugglin di depan media.

Depay berkata: “Sangat berbesar hati berada di sini, impian menjadi kenyataan. Terima kasih tak terhingga kepada presiden kelab yang berusaha merealisasikan perjanjian ini, akhirnya saya berada di sini juga.”

“Semangat penyokong dan bandar ini, semua orang tahu betapa pentingnya kelab ini. Ianya kelab sangat besar. Ianya besar untuk saya dan pada pada usia 27 tahun, saya berjaya menjadikan impian saya satu kenyataan.”

“Saya sudah tak sabar untuk bermain di hadapan Nou Camp yang penuh peminat. Sudah tiba masanya saya kembali bekerja dan menunjukkan kemampuan saya kepada para peminat. Saya nak berterima kasih kepada Ronald Koeman kerana keyakinan beliau keapda sata. Dia tahu saya sangat gembira berada di sini.”

“Dan saya tak sabar nak memulakannya.”

Baca yang lain