[VIDEO] Penalti Penuh Kemarahan Lukaku Selepas Bergaduh Dengan Abang Brahim

Romelu Lukaku dan Zlatan Ibrahimovic terlibat dalam satu pertengkaran yang kita tak mahu tengok sebenarnya. Ini kerana kedua duanya rakan baik ketika di Man United.

Namun semangat derbi telah merasuk kedua dua mereka dan membuatkan mereka saling keji mengeji dan kutuk mengutuk dalam padang.

Insiden kontroversi itu berlaku pada akhir separuh masa pertama. Lukaku dan Ibrahimovic mulai bertikam lidah sebelum mereka saling bersemuka di hadapan pengadil Paolo Valeri.

Selepas kedua duanya dilayangkan kad dan dileraikan, Ibrahimovic terdengar berteriak pada Lukaku “Pergi mampos la sial kamu, kau keldai bocah.”

Lukaku terus mengejar Ibrahimovic di terowong dengan rakan rakan mereka berdua saling membantu mengawal kedau duanya.

Daily Mail melaporkan Lukaku tidak berpuas hati dengan Ibrahimovic yang dikatakan ada menyentuh tentang ibunya.

Zlatan turut mengutuk first touch Lukaku: “Aku bagi kau EUR500 setiap kali kau berjaya melakukan first touch dengan betul, cepat buat voodoo kau najis, kau keldai kecik.”

Pemain berusia 27 tahun itu dapat didengar memberitahu penyerang AC Milan itu “Aku akan menyetubuhi bini kamu, kau budak kecik, dan kau nak bercakap tentang ibuku !?”

Agak malang buat Zlatan, kerana pada separuh masa kedua beliau dilayangkan kad kuning kedua dan dibuang padang.

Ternyata kad kuning kerana pergaduhannya dengan Lukaku pada separuh masa pertama telah menjadi punca kepada pembuangannya daripada padang permainan.

Lukaku kemudian menjadi pemenang dalam pertarungan peribadi dengan Zlatan.

Pemain antarabangsa Belgium itu mendapat peluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas Barella dijatuhkan dalam kotak penalti.

Lukaku telah mengambil penalti dengan rembatan sangat deras. Mujur masuk kerana bola sempat terbias pada bawah palang gol.

Ramai peminat beranggapan itu adalah penalti penuh kemarahan daripada Lukaku.

Olivia berkata: “Lukaku benar benar koyak dengan Ibra, dia sepak penalti dengan penuh marah.”

Ada yang menganggap Lukaku seolah olah menganggap bola itu kepala Ibrahimovic.

Tidak pernah Lukaku semarah itu di atas padang.

Inter Milan menang dan 2-1 selepas sepakan percuma Christian Eriksen pada minit ke 90+7. Masa tambahan panjang sebab pengadil cedera.

Inter mara ke separuh akhir Coppa Italia. Menunggu pemenang di antara Juventus ataupun SPAL.

 

Baca yang lain