VIDEO: Pepe Buat Gol Lencong Padu Dan Gol Jahat Maupay Masa Kecederaan Tewaskan Arsenal

Nicolas Pepe menghasilkan satu gol yang sangat jahat dan bergetah dalam aksi berdepan dengan Brighton.

Pepe kembali semula dalam kesebelasan utama selepas disisihkan dalam aksi sebelum ini berdepan Man City.

Beliau malah menjadi penghias majalah avon Arsenal untuk kesebelasan utama kali ini.

Arsenal berusaha untuk bangkit daripada kekalahan 3-0 dalam aksi berdepan Man City sebelum ini. Dalam usaha mereka mahu melayakkan diri ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.

Nicolas Pepe memberikan gol pendahuluan yang sangat lawa. Di mana beliau melencongkan bola ke far post.

Itu memang kepakaran Pepe. Cuma musim ini tidak banyak yang kita dapat saksikan seperti itu. Ada la sebelum ni dia buat.

Namun ratio gol dia di Liga Perancis sebelum ini sangat gila.

Nah saksikan gol Pepe yang melencongkan bola itu tanpa segan silu.

https://twitter.com/i/status/1274364377253068800

Cantik bukan kepalang. Ianya benar benar menuju ke penjuru paling sukar dan tak tergapai oleh Mathew Ryan yang beraksi cemerlang dalam perlawanan ini.

Teknik yang cantik dengan lengkungan yang tajam dan tepat.

Namun malang sekali gol itu tidak bertahan lama. Di mana Brighton membalas semula gol itu. Brighton bermain sangat baik dalam perlawanan ini.

Penjaga gol muda Asrsenal Emi Martinez beraksi cemerlang selepas masuk menggantikan Bernd Leno yang cedera.

Leno kelihatan mengalami kecederaan agak serius selepas pertembungan dengan Maupay.

Namun Arsenal bolos jua selepas berlaku pergelutan dan kecelaruan di depan gol.

Maupay menjaringkan gol lewat dalam perlawanan ini. Pemain yang menjadi penjaring kemenangan Brighton ke atas Arsenal Disember lalu.

Dan sekali lagi menjadi matcwinner ke atas Arsenal. Kali ini pada masa kecederaan 90+5′.

https://twitter.com/i/status/1274370838859378689

Perlawanan berakhir dengan 1-2. Dan menjadikan Arsenal terus mencatatkan satu lagi kekalahan. Mensia siakan peluang untuk memintas Spurs.

Baca yang lain