Semalam merupakan hari pertama Le Tour De France ataupun TDF. Namun perlumbaan pada hari pembukaan telah diwarnai dengan insiden kemalangan besar melibatkan peloton.
Terdapat dua kemalangan besar sebenarnya pada peringkat pertama perlumbaan dari Brest ke Landerneau.
Yang pertama bermula melibatkan pelumba Jerman, Tony Martin hanya kerana plakad peminat tertulis “Allez Opi-Omi” – satu mesej yang diterjemahkan sebagai: “Hello atok dan nenek”.
Ternyata cucunya mahu atok dan neneknya melihat salam dari jauh itu menerusi acara lumba basikal jelajah terbesar di dunia.
Tetapi ia telah mencetuskan malapetaka yang tak dijangka.
Ketika peminat wanita itu cuba mengalihkan plakad ke arah kamera, Martin telah terlanggarnya. Berdozen dozen pelumba lain terlibat sekali dalam kemalangan itu.
This just happened in the Tour de France. pic.twitter.com/MIvVdjeBJn
— The Tweets (@Needles_Toosay) June 26, 2021
Ternyata ianya insiden yang sangat tidak diingini disebabkan benda yang sepatutnya tidak menjadi penyebab.
The worst Tour de France crash I've ever seen pic.twitter.com/1jngQE1pYg
— daniel (@cyclingreporter) June 26, 2021
Lebih malang itu bukan satu satunya kemalangan besar berlaku pada hari dan peringkat yang sama. Di mana, kira kira 5km daripada kemalangan tersebut, berlaku satu lagi kemalangan.
Kali ini kemalangan bermula dengan Chris Froome.
Another crash! Chris Froome down! #TourDeFrance pic.twitter.com/tzlLsBeYF1
— Sudatta (@iSudatta) June 26, 2021
Walaupun Froome menamatkan perlumbaan dalam keadaan kesakitan. Namun dia dijangka berdepan kesukaran untuk memulakan peringkat kedua perlumbaan.
Perlumbaan tersebut dimenangi oleh pelumba pasukan Deceuninck–Quick-Step – Julian Alaphilippe yang menewaskan Michael Matthews dan Primoz Roglic.
Menurut wikipedia: Tour de France (“Jelajah Perancis”, sebutan bahasa Perancis: [tuʁ də fʁɑ̃s]) ialah sebuah perlumbaan basikal berperingkat tahunan yang diadakan di Perancis tetapi kadangkalanya juga melepasi tempat-tempat tertentu di negara-negara jiran.
Perlumbaan pertama dianjurkan pada tahun 1903 untuk melariskan penjualan akhbar L’Auto yang kini dikendalikan oleh Pertubuhan Sukan Amaury dan ia berterusan sehingga hari ini, kecuali pada tempoh tertentu disebabkan kedua-dua Perang Dunia.
“Jelajah” ini dipanjangkan laluan perjalanannya secara beransur sehingga ke serata dunia apabila perlumbaan tersebut mendapat perhatian orang ramai, dan penyertaan dalam perlumbaan ini menjadi lebih terbuka kepada para penunggang dari negara-negara selain Perancis.
Tour de France merupakan perlumbaan anjuran Pertubuhan Penunggang Basikal Antarabangsa (“UCI World Tour”), oleh itu pasukan yang terlibat dalam perlumbaan ini kebanyakannya terdiri daripada pasukan berbasikal profesional diiktiraf oleh pertubuhan tersebut (“UCI WorldTeams”) kecuali pasukan yang dijemput para penganjur.
Tour de France merupakan perlumbaan basikal yang tertua dan paling berprestij dalam kalangan pertandingan lain yang seumpamanya di benua Eropah seperti Giro d’Italia di Itali dan Vuelta.