[VIDEO] Pogba Enggan Menandatangani Jersi Man United

Paul Pogba rasminya telah kembali semula ke Juventus secara percuma, buat kali kedua, ya kedua duanya secara percuma.

Pogba yang memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan Manchester United telah memilih Turin sebagai destinasinya sekali lagi.

Selama ini, Pogba seringkali menyatakan bahawa dia merindui bandar Turin. Malah bekas ejennya, mendiang Mino Raiola seringkali bercerita bagaimana pemain itu masih berhubung rapat dengan semua orang di Juventus dan sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan peluang kembali ke sana.

Pogba dianggap salah seorang pemain tengah terbaik dalam generasinya. Dia menjadi salah seorang pemain tengah elit ketika bersama dengan Juventus.

Namun ketika di Man United segalanya berubah. Dia terpecah kepada dua. Pogba yang world class di Perancis dan Pogba yang tidak konsisten di Manchester United.

Pogba sendiri pernah menegaskan bahawa dia seringkali tertekan di Manchester United dan menunggu minggu rehat antarabangsa untuk menceriakan dirinya kembali bersama kem Perancis.

Pogba yang sebelum ini menegaskan bahawa, dia kecewa dengan tawaran GBP300k seminggu daripada Man United sebagai tawaran yang tidak ada apa apa makna.

Di dalam dokumentarinya, Pogmentary, Pogba dengan jelas menyatakan bahawa dia mahu ‘mengajar’ Manchester United erti penyesalan kerana tidak serius menawarkan kontrak lebih baik kepadanya.

Akhirnya Pogba memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak. Dia kemudian mengusik peminat dengan video menyatakan bahawa masanya hampir tiba.

Pogba yang kembali semula ke Juventus disambut bagaikan anak raja turun dari kayangan. Dia sempat melayan peminat peminat Juventus dengan menandatangani autograf pada jersi mereka.

Ternyata hubungan Pogba dengan peminat Juventus memang sentiasa istimewa.

Namun sesuatu yang menarik, Pogba menolak untuk menandatangani jersi seorang peminat yang membawa jersi Setan Merah kepadanya.

Pogba tersenyum dan memberikan isyarat bahawa dia tak nak berbuat demikian.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di