[VIDEO] Rashford Cetak Gol Solo Terbaik Kariernya, Peminat Bagi Kredit Kepada Benni McCarthy

Marcus Rashford meneruskan kecemerlangannya di hadapan gol musim ini selepas bergelut seoanjang musim lalu.

Rashford sekali lagi meledak di hadapan gol. Kali ini dengan gol solo yang dianggap terbaik di dalam kariernya.

Rashford ternyata kembali mendapat keyakinannya sejak ketibaan Erik Ten Hag di dalam pasukan tersebut.

Dan hanya beberapa hari selepas pulang dari Piala Dunia di Qatar, pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol solo yang hebat semasa pertembungan Piala Carabao malam Rabu menentang Burnley.

Rashford mengambil bola di bahagian sendiri sebelum meluru melepasi beberapa orang pertahanan Clarets. Kemudian, selepas berlari sejauh sekurang-kurangnya lebih 30 meter, dia melepasi Jordan Beyer sebelum merembat masuk.

Gol itu dibandingkan dengan usaha individu terkenal Ryan Giggs menentang Arsenal pada separuh akhir Piala FA itu.

Saksikan:

Christian Eriksen membuka jaringan untuk pasukan Erik ten Hag dalam perlawanan pusingan 16 Piala Carabao malam Rabu selepas usaha yang cemerlang daripada Aaron Wan-Bissaka di sebelah kanan.

United terus mendominasi pendahulu Liga Kejuaraan sebelum usaha cemerlang Rashford menggandakan kelebihan mereka.

Peminat Manchester United tidak lupa memberikan kredit kepada jurulatih penyerang yang dilantik Erik Ten Hag sebelum ini iaitu Benny McCarthy,

Walaupun awalnya ada segelintir peminat yang memperlekehkan perlantihan itu. Ternyata dalam beberapa bulan terakhir ini, United memperbaiki aspek penyudah mereka di hadapan gol.

Di mana Benni McCarthy dianggap pakar dalam corak serangan dan juga pemposisian atas padang untuk penyerang.

Peminat mulai melihat perbezaan yang ketara di barisan serangan melibatkan pemain seperti Rashford, Martial dan juga Garnacho pada musim ini.

Charlie berkata: “Jurulatih tidak dapat untuk mengubah sepenuhnya keyakinan pemain atau membangunkan permainan mereka dengan seorang diri. Namun saya tertanya tanya, berapa banyak sokongan yang Benni McCarthy  kepada Rasfhord dalam beberapa bulan ini.”

“Beberapa kualiti sebagai penyerang tengah pada dia juga sedikit meningkat dan jelas sekali telah membantu meningkatkan keyakinannya.”

Sebuah laman peminat Man United yang terkemuka, UTD Faithafuls menulis: “Masih ingat tak detik Ten Hag terus berpaling kepada Benni McCarthy di bangku simpanan tanda kredit kepadanya selepas Rashford melakukan jaringan tandukan menentang West Ham.”

“Gembira melihat keyakinan Rashford kembali menikmati bola sepak-nya dan kredit kepada individu ini [Benni McCarthy] kerana membantu Rashford.”

Baca yang lain