Video Ronaldo Disambut Di Turin Bagai Presiden Tular

Cristiano Ronaldo sudah kembali semula ke Juventus bagi memulakan sesi latihan yang akan diadakan tidak lama lagi.

Itali sudah memberikan kebnaran dan garis panduan piawaian yang harus diikuti setiap pasukan bola sepak di negara mereka.

Ronaldo sudah pun tiba di Turin dan bersedia untuk menjalani isolasi 14 hari di sana seperti mana individu lain

Beliau kembali ibarat seorang presiden. Di mana Ronaldo dijemput dengan kereta yang mewah.

Berita ini pastinya melegakan para peminat Juventus dan juga kelab mereka. Ini kerana sebelum ini bintang Portugal itu dilaporkan terperangkap di negaranya.

Ronaldo dilaporkan tidak dapat terbang ke Itali dalam masa terdekat ini kerana pesawat miliknya tidak dibenarkan meninggalkan Sepanyol.

Ronaldo berada di Madeira sebelum ini kerana menjaga emaknya yang sakit selepas terkena strok. Namun terpaksa terus kekal di sana kerana dasar kuarantin di negaranya.

Ronaldo pulang ke Portugal sebelum Itali dikunci oleh kerajaan.

Ronaldo sudah tiba

Dengan kepulangannya semula ke Turin, ianya secara langsung telah menepis dakwaan tidak benar itu. Beliau tiba pada malam semalam. Mendarat dengan selamatnya.

Lihatlah bagaimana Ronaldo tiba di Turin yang disambut bak seorang presiden. Video tersebut telah tular di Twitter di mana para peminat bola sepak dapat melihat betapa besarnya nama Ronaldo di Itali pada ketika ini.

Juventus kini sedang menjadi pendahulu Serie A. Dan mereka mahu mempertahankan kejuaraan sekali lagi.

Ronaldo merupakan nama penting di dalam pasukan mereka pada ketika ini. Beliau adalah penjaring utama untuk skuad Juventus yang dibimbing oleh bekas pengurus Chelsea, Maurizio Sarri.

Jadi seperti biasa, Ronaldo akan dikuarantin 14 hari sebelum beliau boleh menyertai latihan di kem Juventus bersama dengan rakan rakan yang lain, di bawah peraturan yang sangat ketat.

Ronaldo masih menjadi pemain yang berada di peringkat tertinggi di dalam kariernya walaupun sudah berusia. Beliau merupakan antara pemain terbaik sepanjang zaman di dalam sejarah bola sepak.

Cristiano Ronaldo menyertai Juventus dari Real Madrid pada 2018, sebaik sahaja tamat kempen Piala Dunia.

Ronaldo berikrar mahu membantu Juventus menamatkan kemarau penantian Liga Juara Juara Eropah.

Pada ketika ini, Juventus masih berada di tangga teratas Serie A dalam usaha mereka mahu mempertahankan kejuaraan Serie A sekali lagi.

Itali bakal menyambung semula liga bola sepak mereka. Ini selepas kesemua pasukan sebulat suara untuk mengundi bagi meneruskan saingan liga.

Tetapi buat masa ini masih belum pasti tarikh khusus untuk aksi liga disambung semula.

Baca yang lain