[VIDEO] Saksikan Pemain Remaja Ini Buat Balingan Lebih Jauh Daripada Delap

Seorang pemain bola sepak yang bermain dalam bola sepak bukan Liga / non league – istilah untuk liga di luar piramid bola sepak utama Inggeris –  telah membuat lontaran ke dalam menyerupai Rory Delap, lontaran yang sangat jauh dengan julat yang sama dengan hantaran silang.

Memang ada beberapa pemain bola sepak mempunyai kebolehan itu. Di mana ianya adalah lontaran hasil gabungan otot tangan dan mungkin bakat semula jadi.

Setelah sekian lama Rory Delap bersara, nampaknya kini sudah ada calon pengganti yang sesuai.

Dia ialah Jason Kissi, seorang pemain bola sepak muda yang bermain untuk Godmanchester Rovers, sebuah kelab yang terletak di Cambridgeshire.

Aksi lontaran ke dalam bak pelurunya tular di media sosial kerana bola yang dibaling ke dalam padang melayang sangat jauh,

Malah lebih jauh daripada yang pernah dilakukan oleh Rory Delap sendiri.

Kissi biasanya bermain dengan pasukan bawah 18 tahun, tetapi baru-baru ini diberikan peluang untuk dengan skuad senior, yang bermain dalam Liga Perdana, Thurlow Nunn.

Dia berada di bangku simpanan untuk separuh akhir Piala Hinchingbrooke menentang Potter United. Pada penampilan sulungnya dalam pasukan senior, Kissi memberikan impak yang besar.

Klip video beliau melakukan lontaran ke dalam telah ditonton lebih 1 juta kali dan jelas cara beliau melakukannya dikatakan lebih baik daripada Rory Delap.

Sebelum melakukan lontaran ke dalam, Kissi mengambil beberapa langkah dari tepi. Balingannnya sangat jauh, dari kawasan sendiri sampai ke zon serangan lawan ataupun zon pertiga akhir.

Sebenarnya masih tidak diketahui sejauh mana jarak tepat dari lontaran ke dalam, namun ada pihak yang percaya jika akan memenangi Rekod Dunia Guinness yang dilakukan Delap..

Menurut statistik, Delap mempunyai lima bantuan terus daripada lontaran ke dalam dalam Liga Perdana. Arsene Wenger menyifatkan lontaran itu sebagai “kelebihan yang tidak adil”.

Dan, suatu hari nanti mungkin Kissi melakukan sesuatu yang serupa dengan Delap di pentas liga utama Inggeris?

Sementara itu, pemain bola sepak berusia 16 tahun itu tidak menyedari dirinya menjadi bualan hangat di media sosial.

Kerana dia melakukan tugasannya seperti biasa. Saksikan videp yang tular teruk itu di sini:

Baca yang lain