Wilfried Zaha menjadi madu dan racun, dari wira kepada entah apa apa ataupun hero to zero.
Ianya berlaku dalam sekelip mata. Zaha berjaya melakukan gol cut inside berkelas dunia menewaskan penjaga gol Norwich, Angus Gunn. Gol yang memadamkan gol pendahuluan oleh Teemu Pukki dalam perlawanan ini.
Ia adalah aksi pertama Zaha selepas kepulangan dari Piala AFCON. Sejak aksi terakhirnya bersama Palace pada Boxing Day. Di mana dia melalui penggantungan dan menyertai kem Ivory Coast.
Dalam aksi berdepan dengan Norwich itu, Zaha berpeluang meletakkan pasukannya di hadapan ketika mereka dihadiahkan sepakan penalti. Penalti itu dimenangi oleh Tyrick Mitchell yang menerima hantara Zaha dan kemudian dikasari di dalam kawasan itu.
FULL-TIME Norwich 1-1 Crystal Palace
A point apiece as Teemu Pukki’s rapid opener is cancelled out by Wilfried Zaha’s sensational strike#NORCRY pic.twitter.com/pBsl4Wqwg2
— Premier League (@premierleague) February 9, 2022
Pengulas perlawanan berkata: “Keadaan kini bertambah buruk untuk Norwich,” mana tidaknya, pasukan Kenari itu, sudah mendahului pada awal perlawanan, kemudian kedudukan itu disamakan oleh Crystal Palace. Dan sekarang mereka memberikan penalti pula kepada lawan.
Zaha tampil untuk melakukan tugasan itu. Malangnya, dia melakukan salah satu penalti paling teruk dalam sejarah bola sepak. Di mana dia meleretkan bola seolah olah seorang pemain yang membuang bola keluar untuk fairplay.
Zaha hanya tersenyum, dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya. Dia baru sahaja melepaskan peluang keemasan untuk menjadi wira pasukannya.
Perlawananberakhir 1-1, dengan Palace kekal di tangga ke-13 dalam Liga Perdana dan Norwich kekal di tangga ke-18 – dengan Canaries kini satu mata daripada zon selamat.
Bercakap selepas perlawanan, Zaha cuba menjelaskan kesilapan penalti yang mengejutkannya.
“Saya rasa kaki kiri saya dalam keadaan tak betul dan fikir ‘saya telah merosakkan benda ini’,” katanya kepada BBC Sport.
“Saya terkejut. Itulah bola sepak. Saya sangat gembira dengan gol saya dan kemudian saya terlepas peluang itu [penalti].”
“Saya tidak ada masa untuk simpati kepada diri sendiri. Itulah penalti pertama yang saya gagal sempurnakan. Saya yakin untuk melakukannya lagi dan mengambilnya [ penalti yang seterusnya].”
Saksikan bagaimana Zaha terlepas penalti itu dalam rangkuman perlawanan di sini:
https://t.co/vtIlobuIR4 pic.twitter.com/rZE91PXpNK
— Pascal Le 〽️audit 🇲🇱 (@Super_advma) February 9, 2022