[VIDEO] Sempat Beparti Di Dubai Punca Aubameyang Positif Pandemik

Kapten Gabon, Pierre Emerick Aubameyang sebelum ini dibenarkan pulang awal ke kem kebangsaannya untuk kempen Piala Negara Afrika.

Ini selepas Aubameyang digantung sementara daripada tugasan pasukan kerana masalah disiplin. Di mana Aubameyang lambat datang ke pusat latihan selepas diberikan cuti.

Bukan itu sahaja, Auba turut dibuang daripada jawatan kaptennya. Masalah disiplin terus menghantui Aubameyang apabila dia sempat berpesta pora di Dubai.

Sepatutnya Aubameyang terus balik ke negaranya untuk mengelakkan kontak yang banyak dengan orang awam di luar.

Ketika melapor diri untuk tugasan pertama yang akan berlangsung esok menentang Comoros, Auba disahkan positif covid.

Ini bermakna Aubameyang perlu menjalani kuarantin wajib atas arahan kerajaan Cameroon.

Berita itu benar benar mengecewakan ramai pihak. Di mana video Aubameyang berparti di Dubai bersama rakan sepasukannya Mario Lemina telah tular.

Lemina, bekas pemain Southampton dan Fulham, kini bermain untuk Nice di Perancis. Juga disahkan positif.

Aubameyang dan Lemina merupakan senjata utama negara mereka. Namun dua pemain tersebut akan terlepas dua aksi pertama mereka yang sangat penting iaitu menentang Comoros (10 Januari) dan Ghana (14 Januari 14).

Ini satu lagi berita buruk menimpa Aubameyang selepas dilucutkan jawatan sebagai kapten dan disisihkan oleh Arteta kerana masalah disiplin.

Sikapnya yang suka berparti memang sukar dibendung. Dalam kariernya, beliau sudah beberapa kali dikenakan tindakan kerana lewat, akibat berparti. Dan kali ini, disebabkan berparti, Aubameyang terkena pula jangkitan.

Memang virus ini boleh merebak kepada sesiapa sahaja. Namun cara Aubameyang mendapat virus itu benar benar mengecewakan peminatnya.

Aubameyang masih tidak bermain secara kompetitif sejak 6 Disember. Berada dalam senarai untuk dijual oleh Arsenal.

Namun masalah utama Arsenal adalah, sukar mendapatkan pembeli yang sanggup membayar gaji £350,000 seminggu.

Baca yang lain