[VIDEO] Sergio Ramos Buat No Look Tackle Sekali Lagi, Kali Ini Ke Atas Messi

Minggu lalu Sergio Ramos melakukan satu tackle yang sangat berkeyakinan tinggi di mana beliau melakukan kuisan ala ekor penyu – dalam kempen minggu antarabangsa bersama Sepanyol.

Terdapat satu situasi di mana Ramos hampir diciduk Ruben Vargas dan mendedahkan gawang mereka kepada bahaya.

Ruben Vargas mendapati dirinya berada di dalam kotak dan berada dalam posisi berbahaya dan cuba memperdaya Ramos dengan helahnya

Ketika Vargas seolah-olah dia telah melewati Ramos, dia hampa apabilapemain Sepanyol itu melakukan no look tackle yang tepat kepada bola.

Bukan senang nak buat. Ianya memerlukan antisipasi dan agakan yang tepat untuk memastikan kaki kontak dengan bola dan bukannya kaki pemain lawan.

Ia adalah aksi pertahanan yang luar biasa dan korang boleh tengok di sini:

Sepanjang mlam Sergio Ramos berjaya menunjukkan aksi terbaik. Bukan sahaja bertahan, malah ketika mencorakkan serangan dari bawah.

Ramos memiliki kemampuan untuk menghantar bola jauh yang tepat dan boleh mencetuskan ancaman.

Lihat rangkuman aksi peribadi Ramos di sini:

Malam ini sekali lagi Ramos melakukan tackle uamh serupa. Ramos kali ini berdepan dengan penggelecek unggul, Lionel Messi.

Sebelum itu, Ramos sudah menjadi mangsa gelecekan Messi di dalam kotak penalti. Mujur Courtois cemerlang menafikan percubaan Messi.

Dan ketika pasukan Real Madrid 3-1 di hadapan, Messi berdepan dengan Ramos dalam satu serangan balas.

Ramos pada awalnya kelihatan sudah tertewas dengan Messi menukar arah bola. Tetapi ternyata Ramos memberikan harapan palsu kepada Messi.

Ianya apabila Ramos menguis bola dengan no look tackle.

Tackle itu sangat penting dalam usaha Ramos mematikan ancaman lebih awal sebelum masuk ke zon pertahanan paling belakang.

Real Madrid menang bergaya 3-1 ke atas Barcelona di Nou Camp.

3 gol Madrid adalah menerusi Fede Valverde, penalti Sergio Ramos dan Luka Modric. Manakala Ansu Fati menjaringkan gol tunggal Barcelona.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan