[VIDEO] Statistik Partey vs Chelsea Buktikan ‘Wira Tak Didendang’ Ini Sangat Padu

Thomas Partey sekali lagi menghasilkan prestasi yang digelar ‘Midfield Masterclass’ ketika Arsenal menewaskan Chelsea 0-1 di Stamford Bridge.

Arsenal menang hasil jaringan tunggal Gabriel pada separuh masa kedua. Gabriel menanduk masuk hantaran daripada sepakan penjuru Saka.

Arsenal berhak memenangi perlawanan ini kerana mereka lebih dominan dan lebih keinginan untuk menang.

Selain itu secara taktikal, mereka adalah lebih baik daripada Chelsea.

Prestasi Thomas Partey

Ketika perhatian tertumpu kepada trio serangan dan juga William Saliba yang diberikan anugerah MOTM, seorang lagi pemain yang beraksi dengan cemerlang ialah Thomas Partey.

Pemain asal Ghana itu menjadi wira tak didendang dalam perlawanan ini. Memang sudah menjadi lumrah pemain no.6, mereka memang akan sentiasa menjadi orang terakhir menerima pujian.

Bekas bintang tengah Atletico itu menjadi  salah seorang pemain terbaik di atas padang apabila Arsenal merampas semula kedudukan teratas pada petang Ahad.

Sehari selepas kehilangan tempat teratas kerana City menang ke atas Fulham dalam aksi sehari lebih awal.

Pemain antarabangsa Ghana itu bertahan sepanjang tempoh itu apabila dia mematikan ancaman pemain pemain Chelsea untuk membantu The Gunners meraih kemenangan.

Kemenangan itu melonjakkan Arsenal dua mata di depan juara Manchester City selepas 13 perlawanan dimainkan oleh kedua-dua pasukan.

Secara statistik, Partey membuat 75 sentuhan, mempunyai ketepatan hantaran 92.9% dengan ketepatan hantan bola 100%.

Selain itu, pemain Ghana itu memenangi lima daripada enam duel dan membuat tiga clearances.

Prestasi pemain berusia 29 tahun itu membuatkan dia menerima pujian daripada Darrent Bent yang memuji prestasinya sepanjang musim ini.

Bent menyifatkan pemain Ghana itu sebagai kunci penting kepada kelab London Utara itu dalam usaha mereka menamatkan penantian trofi Liga Perdana Inggeris.

Partey dianggap pemain yang sukar untuk ditentang pada musim ini di tengah. Jika Arsenal menang EPL musim ini, sudah ada peminat merasakan bahawa Partey akan memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika.

Sebelum ini, Partey menjaringkan gol ketika Arsenal membelasah Nottingham Forest 5-0.

Partey memang diakui bakat yang luar biasa. Namun masalah yang sering melanda beliau adalah kecergasan dan masalah kecederaan.

Arsenal pastinya sedar akan kepentingan keberadaan pemain ini di atas padang. Dan pastinya cuba sedaya upaya untuk menjaga kecergasannya.

Saksikan prestasi jeneral di tengah Arsenal ini ketika menentang Chelsea:

Baca yang lain