[VIDEO] Tandukan 3 Mata Ronaldo Hasil Umpanan Shaw

Manchester United masih memiliki aura malam Eropah di Old Trafford. Selain daripada semangat pemain pada separuh masa kedua.

Semangat dan sorakan penyokong di Old Trafford juga ternyata memberikan suntikan motivasi kepada para pemain.

Selepas mencatatkan keputusan yang tak menentu dalam beberapa perlawanan ini, termasuk dalam aksi UCL, Man United akhirnya kembali ke landasan kemenangan.

Kemenangan kali ini bukanlah mudah. Ianya memerlukan pemain pemain Setan Merah bertarung mati matian pada separuh masa kedua, selepas ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama.

Manchester United bermula dengan hambar sekali. Memberikan banyak ruang kepada lawan. Hilang bola ketika ditekan di garisan tinggi, serta mempersia siakan banyak peluang gol.

Naamun skrip sangat berbeza pada separuh masa kedua. Mereka intensif dan tidak memberikan ruang langsung untuk Atalanta menarik nafas sekali pun.

United ketinggalan dua gol pada separuh masa kedua menerusi jaringan Pasalic dan Merih Demiral.

Masuk separuh masa kedua, Ole Gunnar Solskjaer mengarahkan pasukannya menyerang dari minit pertama separuh masa kedua sehingga ke akhir.

United merapatkan jurang gol menerusi Marcus Rashford. Dan kemudian Harry Maguire merembat kemas bola ke gawang untuk gol penyamaan.

Dan ketika aksi berbaki kurang 10 minit, United terus mencari gol kemenangan. Luke Shaw menghantar bola dengan melakukan hantaran lintang.

Ronaldo yang memiliki naluri poaching yang kuat, berada di tempat terbaik untuk menyambar bola dengan tandukan beliau.

Tandukan itu melengkapkan kebangkitan United dengan memberikan kemenangan 3-2.

Saksikan tandukan cantik itu di sini:

Gol tersebut membuatkan Old Trafford gegak gempita.

Kemenangan ini hadir pada waktu yang tepat. Kebangkitan daripada 2 gol ini boleh menjadi motivasi besar United menjelang aksi berdepan musuh tradisi, Liverpool pada aksi hujung minggu ini di Old Trafford.

Baca yang lain