[VIDEO] Ten Hag Tak Sengaja Ter-mencarut Secara Langsung Kerana Teruja Persembahan Anak Buahnya

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag dengan selamber mencarut di depan tv secara langsung. Dan ianya membuatkana Sky Sports meminta maaf. Ini kerana bola sepak merupakan siaran untuk tontonan umum.

Erik ten Hag telah memberikan pandangannya selepas pasukannya menang 2-1 ke atas Liverpool di Old Trafford pada malam Isnin. The Red Devils sebelum ini kalah dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana. Namun ternyata Red Devils menjadi pasukan lebih baik dan menang ke atas musuh tradisi mereka.

Man United berjaya mengutip 3 mata hasil jaringan Jadon Sancho dan Marcus Rashford. Gol Liverpool pula adalah menerusi Mohamed Salah.

The Red Devils memutuskan untuk melakukan empat pertukaran daripada pasukan yang dibelasah 4-0 oleh Brentford minggu lalu, dengan pemain seperti Harry Maguire, Fred, Cristiano Ronaldo dan Luke Shaw semuanya tercicir daripada senarai kesebelasan utama.

Walaupun ramai meragui pemilihan pasukan oleh Ten Hag. Ternyata percaturannya menghasilkan satu aksi luar biasa di atas padang.

Sancho membuka jaringan pada separuh masa pertama, menunjukkan ketenangan yang hebat untuk melepasi Alisson Becker dari dalam kotak penalti.

Dan Rashford menewaskan Alisson pada separuh masa kedua, dengan Mohamed Salah kemudiannya menjaringkan saguhati untuk pelawat untuk mencetuskan babak akhir yang agak mencemaskan penyokong United.

Ronaldo turun dari bangku simpanan semasa menang menentang Liverpool, tetapi ten Hag menegaskan masih ada tempat untuknya di dalam pasukan utama sama seperti pemain lain.

Ten Hag ditanya mengenai persembahan daripada pasukannya selepas itu dan secara tidak sengaja telah ter-mencarut, memaksa Sky Sports membuat permohonan maaf.

Pengurus Manchester United Erik ten Hag mempunyai permulaan yang buruk untuk dua perlawanan Liga Perdana pertamanya, tetapi selepas kemenangan malam ini menentang Liverpool, penyokong mula percaya zaman kegemilangan mereka mungkin akan kembali.

Ten Hag berkata: “Kami bermain bola sepak yang persetubuhan [fxxx*g] bagus,” kata Ten Hag hasil terjemahan lebih sopan.

Hos Sky Sports, David Jones kemudian menyatakan permohonan maaf, dengan Ten Hag membuatkan Gary Neville, Roy Keane dan Jamie Carragher tergelak mendengar dia mencarut.

Ten Hag juga berkata: “Kami perlu menjadi satu pasukan, dalam semangat yang baik dan itulah yang kami lihat hari ini.”

“Saya beritahu mereka kita kena tunjukannya, jangan banyak cakap. Kita harus berjuang, beranilah.”

Ten Hag kemudiannya terus memuji penjaring gol Sancho dan Rashford, sementara turut memuji pemain seperti Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Scott McTominay untuk persembahan mereka.

Baca yang lain