[VIDEO] Tielemans Hasilkan Gol Luar Biasa Untuk Dicalonkan Gol Tercantik Musim Ini

Leicester memulakan musim ini dengan agak tidak menentu. Di mana pasukan Brendan Rodgers bergelut untuk membuat sebarang impak dalam Liga Perdana.

Mereka menunjukkan tanda-tanda yang memberangsangkan ketika menentang Manchester City yang sangat kuat dalam aksi sebelum ini,

Tetapi di sisi yang lain, Kevin De Bruyne terlalu istimewa dan melakukan perkara istimewa pada akhirnya dalam perlawanan tersebut.

Jadi, menentang Everton adalah satu lagi perlawanan yang sukar dan harus digunakan Leicester untuk terus membina keyakinan mereka.

Dan mereka berjaya menang 2-0 di tempat lawan.

Dengan peluru berpandu jarak jauh dilepaskan Youri Tielemans ketika menentang Everton telah membuatkan peminat bola sepak tergamam dan memberikan tepukan kepadanya.

Bukan sahaja gol itu yang cantik, namun teknik dia memerangkap bola dengan kawalan kemas ataupun trap control yang baik, membolehkannya melaraskan sendiri bola untuk dia lepaskan voli cantik.

Jordan Pickford tidak mempunyai peluang sama sekali ketika bola melayang dan menjunam melepasinya.

Bola itu sangat deras dan hampir merobek jaring gol di belakang.

Satu lagi gol Leicester dihasilkan oleh Harvey Barnes pada minit ke-86.

Apa yang pasti gol Tielemans adalah gol tercantik malam itu. Dan ianya adalah calon kuat untuk persaingan gol terbaik tahunan EPL musim ini.

Lebih menarik, gol Tielemans menentang Everton mungkin akan dicabar oleh gol Tielemans sendiri ketika dia menjaringkan gol menentang Wolves.

Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Tielemans sempat mengusik James Maddison sebenarnya telah melakukan hantaran yang tidak bagus.

Memaksanya untuk melakukan sedikit kerja improvisasi ke atas kualiti bola untuk dia rembat.

Tielemans bakal jadi ejen bebas, Arsenal sedia sign dia secara percuma

Pada jendela perpindahan musim panas yang lalu, Leicester menolak tawaran £19 juta daripada Arsenal untuk mendapatkan Youri Tielemans yang memasuki tahun akhir dalam kontraknya musim ini.

Leicester dikatakan meminta sekurang kurangnya £32 juta untuk pemain itu. Angka itu dianggap terlalu mahal oleh Arsenal untuk pemain yang berada di kontrak akhir.

Leicester yakin akan dapat meyakinkan pemain itu menandatangani perjanjian baharu dengan mereka.

Namun kini, pemain itu masih tidak melanjutkan kontrak dengan Leicester dan menuju ke bulan bulan terakhir dalam kontraknya.

Arsenal dilaporkan berada dalam ‘kedudukan terbaik’ untuk menandatangani Youri Tielemans apabila kontrak pemain tengah Leicester itu tamat pada penghujung musim ini menurut laporan.

The Gunners telah dikaitkan kuat dengan pemain Belgium itu pada masa lalu dan boleh mencapai perjanjian murah pada musim panas akan datang.

Pemain tersebut bermain di posisi tengah. Dan profilenya menepati kehendak Arteta. Lebih lebih lagi Arsenal kerapkali berdepan krisis kecederaan pemain seperti Thomas Partey.

Seterusnya, Tielemans memiliki kualiti pemimpin yang diinginkan oleh Mikel Arteta.

Musim ini Tielemans dan pasukannya Leicester bergelut dengan prestasi dalam Liga Perdana Inggeris.

Selain Arsenal, Manchester United serta beberapa kelab di luar England juga telah menunjukkan minat terhadap pemain berusia 25 tahun itu.

Arsenal dilaporkan berada di tempat terbaik untuk menyelesaikan perjanjian, dengan ketua jurulatih Mikel Arteta masih berharap untuk mengukuhkan bahagian tengahnya.

Kelab London utara sebelum ini telah mempertimbangkan untuk membuat bidaan untuk Tielemans tetapi telah memutuskan untuk menunggu sehingga kontrak pemain itu tamat.

Pada kedudukan semasa, Arsenal dilihat pasukan yang benar benar mampu menarik minat Tielemans. Ianya selepas The Gunners mulai menunjukkan hasil yang baik daripada proses yang dibina Arteta sebelum ini.

Arsenal juga dikatakan mendapat tahu bahawa Juventus menarik diri daripada usaha mendapatkan Tielemans.

Ditambah pula dengan Borussia Dortmund yang dilihat sedikit melonggarkan minat mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.

Dan ianya memberikan peluang lebih besar buat The Gunners.

Adakah Tielemans akan menjadi senjata baharu Arsenal di bahagian tengah pada musim hadapan?

Jika berjaya, ianya pasti kesabaran yang terbalas untuk Arsenal yang sanggup menunggu pemain itu menjadi ejen bebas.

Leicester turut dilaporkan sedia untuk mendengar tawaran £17 juta daripada mana mana kelab untuk pemain itu pada Januari ini. Nampaknya Leicester kesuntukan masa untuk menjual pemain itu.

Tetapi tetap terdapat sedikit kerisauan tentang Newcastle United yang turut mulai menunjukkan minat terhadap pemain itu.

Newcastle ada kemampuan menawarkan gaji dan kontrak yang lebih lumayan kepada pemain tersebut.

Baca yang lain