Video Tribute Mutiara Kata Arwah Farit Ismeth

Tanggal 20 April merupakan hari dukacita buat negara apabila pembaca berita legenda yang sinonim dengan Dunia Jam 10 – Farit Ismeth telah meninggalkan kita semua ke negara abadi.

Nama beliau sangat sinonim dengan arena penyiaran Malaysia kerana perwatakan dan juga keterampilan beliau ketika membaca berita.

Farid Ismeth Emir disahkan meninggal dunia pada Isnin di Shah Alam, Selangor oleh oleh anaknya sendiri iaitu, Farzwa De-Attaher Emir atau lebih dikenali sebagai DJ Fuzz.

Dipetik dari Awani, DJ Fuzz berkata: “Farid Ismeth Emir baharu sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir di Shah Alam.:

“Allahyarham dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan warga RTM merupakan individu yang penting dan sudah beliau tentu akan dirindui.”

Farith Ismeth antara pembaca berita yang sangat popular kerana kelunakan suaranya serta mutiara kata dengan kiasan dan perumpamaan yang menjadi signifikan dengan beliau.

Farid Ismeth Emir menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 66 tahun.

Ia sudah pastinya satu kehilangan besar kepada industri penyiaran tanah air.

Koleksi mutiara kata

Lalu salah seorang peminat arwah telah berkongsi beberapa koleksi mutiara kata daripada arwah. Ia sebagai tanda penghargaan dan pada masa yang sama boleh dijadikan peringatan dan panduan kita di dalam hidup.

Slot mutiara kata memang sangat sinonim dengan arwah setiap kali sebelum menutup tirai berita dunia.

Suaranya memang unik dan sangat jelas. Tidak hairanlah beliau menjadi salah seorang pembaca berita yang penting dalam hidup orang Malaysia.

Berikut adalah kompilasi tersebut.

Perkembangan karier

Sebelum bekerja sebagai penyampai berita, Farit pernah bekerja dalam industri perhotelan selama 13 tahun, di mana tempat kerja pertamanya ialah di Hotel Jaya Puri pada 1970-an.

Pengalamannya yang lama dalam industri perhotelan membolehkan Farit memegang jawatan yang tinggi seperti Penolong Pengurus di Hotel Regent, Kuala Lumpur, dan kemudiannya menjadi Infront Office Manager di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Pada 1987, dalam usianya 33 tahun, Farit telah mengambil keputusan yang berisiko tinggi dengan meninggalkan jawatan selesanya dalam industri perhotelan untuk menceburi bidang “suara komersil”.

Farit mendapat dorongan yang kuat daripada individu yang terkenal dalam bidang tersebut iaitu saudara Ali Abdul Rahman dan Patrick Teo yang menyatakan bahawa dia “ada suara”.

Selepas menjalani uji suara di stesen penyiaran RTM pada Ogos 1987, dan kemudiannya menghadiri kursus lanjutan, Farit dan seorang lagi calon, Hajah Haslinda Hamzah, akhirnya berjaya terpilih untuk menjadi penyampai berita RTM.

Semasa di awal pembabitannya dalam bidang penyampaian berita, Farit yang terkenal dengan “gaya suaranya yang keInggerisan dan keAraban” turut menyampaikan berita RTM pada waktu tengahari (Sabtu & Ahad) selain daripada menjadi penyampai berita Dunia Jam 10.

Selain daripada itu, Farit turut bekerja memasukkan suara untuk iklan-iklan komersil termasuk yang paling ikonik: ‘Gaya, Mutu, Keunggulan’.

Mungkin tidak ramai yang mengingati bahawa Farit juga pernah berlakon dalam drama radio terbitan RTM yang berjudul Nombor 5 Persiaran 1 dengan membawakan watak doktor.

Farit Ismeth Emir terus setia berbakti dengan stesen televisyen kerajaan sehingga ke akhir hayatnya walaupun pernah mendapat tawaran daripada beberapa syarikat penyiaran yang lain.

Oleh kerana kesetiaannya kepada RTM, membuatkan beliau sangat dekat dengan audien di seluruh negara.

Boleh dianggap sebagai antara pembaca berita yang berpengaruh di era beliau dan sudah tentunya antara yang terbaik.

Beliau juga disenangi oleh rakan sekerja tidak kira yang senior ataupun generasi baharu kerana sikapnya yang suka membantu dan ramah – menurut mereka yang pernah bekerja dengan arwah.

Selamanya legenda! Terima kasih di atas segala bakti anda.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.