[VIDEO] Vieira Terajang Penyokong Everton Bagi Jari Tengah Dan Mencarut Kat Dia

Pengurus Crustal Palace, Patrick Vieira kini berdepan dengan tindakan daripada FA England selepas beliau menerajang seorang penyokong Everton.

FA Inggeris segera melakukan siasatan ke atas insiden tersebut yang berlaku selepas wisel penamat di Goodison Park. Jika didapati bersalah beliau akan berdepan dengan hukuman berat.

Para penyokong Everton memasuki padang beramai-ramai meraikan kejayaan mereka terus kekal dalam liga Perdana Inggeris selepas melakukan kebangkitan daripada ketinggalan 2 gol.

Satu footage tersebar di media sosial menunjukkan pengurus Crystal Palace, iaitu Patrick Vieira tidak tahan dengan sikap seorang penyokong muda Everton yang agak biadap ke atasnya.

Di mana satu lagi video dikongsikan di media sosial memaparkan bahawa penyokong itu dengan biadap telah menunjukkan jari tengah kepada legenda Arsenal itu.

Vieira awalnya menerima provokasi daripada penyokong itu dengan tenang. Tetapi dia menjadi panas apabila penyokong itu semakin melampau. Lalu dia merentap baju penyokong tersebut lalu menyepaknya.

Dalam satu lagi video yang dikongsikan di Twitter, video tersebut dipercayai dimuatnaik semula oleh penyokong lain, video asal adalah daripada penyokong yang diterajang Vieira itu.

Dengan jelas penyokong tersebut memulakan provokasi ke atas Vieira yang sedang dalam perjalanannya menuju ke bilik persalinan.

Penyokong tersebut turut mencarut ke atas Vieira.

Insiden tersebut berlaku hanya beberapa hari selepas insiden pemain Sheffield, Billy Sharp dihantuk oleh penyokong Nottingham Forest yang masuk ke dalam padang.

Di mana penyokong tersebut sudah ditangkap dan dipenjarakan.

Frank Lampard mempertahankan tindakan penyokong Everton yang menceroboh masuk ke dalam pantang selepas tamat perlawanan.

Dia juga simpati dengan Vieira yang terpaksa terjerumus dalam insiden seperti itu.

Frank Lampard berkata: “Saya simpati dengan Vieira, namun kita tak boleh merantai penyokong dekat tempat duduk mereka.”

Menurut beliau, penyokong masuk ke padang seperti itu adalah perkara yang difahami kerana pasukan mereka baru sahaja mengelak penyingkiran.

“Ianya satu perasaan yang benar benar teruja daripada penyokong sehingga mereka masuk ke dalam padang selepas berjaya mengelak penyingkiran.”

“Jika ianya dilakukan dengan cara yang betul maka biarkanlah mereka berada di atas padang, biarkan mereka menikmati momen tersebut. Selagi-lagi mereka menjaga tingkah laku maka tiada masalah.”

Everton benar-benar berdepan dengan cabaran getir di Goodison Park.

Skuad bimbingan Frank Lampard itu wajib menang ke atas Palace jika mereka mahu kekal. Dan jika kalah, mereka akan berdepan dengan Arsenal pada perlawanan terakhir hujung minggu ini.

Dalam aksi di Goodison Park itu, Palace mendahului dengan 2 gol pada separuh masa pertama apabila Jean Phillipe Marteta dan Jordan Ayew menjaringkan gol untuk pasukan bimbingan Patrick Vieira.

Namun pada separuh masa kedua pasukan Everton berjaya melakukan kebangkitan luar biasa dengan menjaringkan tiga gol.

Michael Keane memulakan kebangkitan mereka dengan jaringan pada minit ke-54.

Richarlison menambah satu lagi gol pada minit ke-75 untuk mengikat kedudukan menjadi dua sama.

Kira kira 5 minit sebelum perlawanan tamat, penyerang antarabangsa England, Dominic Calvert Lewin berjaya memberikan kegembiraan tak terkira kepada penyokong Everton dengan gol ketiga. Yang juga merupakan kemenangan Everton.

Kemenangan itu menyusahkan status Everton untuk terus kekal dalam liga Perdana Inggeris. Kini tinggal persaingan di antara Leeds dan Burnley sahaja dalam menentukan siapa yang akan mengikut jejak langkah Norwich dan Watford yang sudah rasmi tersingkir.

Baca yang lain