[VIDEO] Walker Geram Bertanya Kepada Saka, Bila Arsenal Nak Berhenti Menang

Kyle Walker ternyata tidak dapat melepaskan rasa geram dan pada masa yang sama hilang kata kata dengan prestasi semasa pasukan Arsenal.

Walker bertanya kepada Bukayo Saka tentang Arsenal, yang kelihatan tidak menunjukkan tanda tanda mereka akan kalah dalam Liga Perdana Inggeris.

Manchester City sudah beberapa kali memintas Arsenal kerana aksi lebih awal. Namun setiap kali itulah Arsenal merampas kembali tempat teratas.

Ini termasuk aksi terakhir sebelum mereka berlepas ke Piala Dunia. Manchester City sebelum ini tercicir mata apabila mereka mengalami kekalahan mengejut 2-0 di tangan Brentford. Peluang itu dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh Arsenal untuk berada 5 mata di atas City menjelang rehat liga domestik bagi memberikan laluan kepada Piala Dunia.

Walker dan Saka berada di kem kebangsaan England dalam misi membawa pulang ‘bola sepak’. Misi yang disebut Football is coming home.

Ketika bersalaman dengan Bukayo Saka, Kyle Walker bertanya: “Adakah korang [Arsenal] akan berhenti menang?”

Ataupun bahasa pasarnya: “Korang tak reti nak berhenti menang ke setan?”

Saka dengan senyuman manis berkata: “Jangan risau tentang itu [dulu] bro. Kamu sihat?”

Saka ternyata lebih tertarik untuk mengetahui keadaan kecergasan Kyle Walker. Pemain itu sebelum ini mengalami kecederaan dan hampir terlepas slot ke Piala Dunia 2022 bersama dengan England.

Arsenal benar benar menunjukkan prestasi luar biasa pada musim ini di bawah kendalian Mikel Arteta.

Mereka sudah mengesahkan status mereka menjadi pencabar kejuaraan liga yang sebenar, tiada keraguan lagi tentangnya.

Bukayo Saka dijangka akan menjadi pemain penting England dalam kempen Piala Dunia kali ini sama seperti peranannya ketika Euro 2020 yang lalu.

Saka bermain di bahagian sayap untuk England. Dia juga boleh bermain dalam posisi wingback jika diarahkan bermain di situ.

England hadir dengan status sebagai naib juara Euro 2020 dalam kejohanan Piala Dunia 2022 kali ini.

Pada kempen Piala Dunia 2018, England antara pasukan yang cemerlang. Mereka mara sehingga ke separuh akhir.

Southgate mengekalkan ramai muka lama untuk kempen kali ini.

Selain Saka, kapten Harry Kane juga dijangka akan menjadi pemain penting Three Lions dalam kempen kali ini.

 

Baca yang lain