Vinales Beritahu Pomen Bahawa Motosikal Yamaha ‘Pick Up’ Tak Cantik, Menyukarkan Pelumba

MotoGP Austria 2020 tidak berakhir semnanis yang diharapkan oleh pelumba Maverick Vinales dari Monster Energy Yamaha . Top Gun – gelaran untuk Vinales – hanya mampu menduduki tempat ke-10 dalam perlumbaan yang berlangsung di Red Bull Ring Circuit, Ahad, 16 Ogos 2020.

Keputusan itu sangat buruk bagi pelumba yang memulakan perlumbaan dari kedudukan pole seperti Vinales. Pelumba Sepanyol itu juga sangat kecewa dengan kelajuan motosikal Yamaha, YZR-M1, di Litar Red Bull Ring.

Selain itu Vinales dengan Rossi juga hampir terlibat dalam kemalangan ngeri di GP Austria selepas motosikal kerana kemalangan melibatkan Morbidelli dan juga Zarco.

Satu gambar yang akan menjadi ikonik di mana Vinales secara spontan telah melepaskan handle motosikalnya kerana risau kepalanya terkena objek.

Seterusnya dari segi prestasi, Vinales gagal menyerlah dan beliau menyalahkan prestasi motosikalnya.

Seperti diketahui, trek sepanjang 4.3 km bukanlah litar yang digemari motosikal YZR-M1. Ini keranan banyak Laluan lurus di Red Bull Ring Circuit membuatkan Yamaha bergelut untuk bersaing.

Ini membuatkan pelumba seperti Vinales tidak Vinales tidak banyak peluang untuk menang menghadapi pelumba lain.

Podium kali ini dikuasai oleh Ducati dan Suzuki.

Suzuki dan Ducati sangat dominan di Red Bull Ring Circuit. Pelumba Mission Winnow Ducati, Andrea Dovizioso, memenangi MotoGP Austria 2020. Sementara itu, Joan Mir dari Suzuki Ecstar menduduki tempat kedua dan ketiga adalah milik pelumba Pramac Ducati, Jack Miller.

Vinales mahu mekanik baiki prestasi pick up dan top speed

Menurut Vinales, masalah utama yang menyukarkan beliau adalah kelajuan motosikal Yamaha di landasan lurus.

Ini bukan pertama kali pelumba Yamaha merintih isu top speed dan juga pick up motosikal mereka untuk mencapai top speed yang tak seberapa berbanding jentera lain.

Vinales menegaskan masalah ini akan menyukarkan kesemua penunggang Yamaha untuk mendapatkan hasil lebih baik dan konsisten.

Vinales berkata: “Saya sentiasa melakukan yang terbaik, tetapi dengan sedikit tenaga, mustahil untuk menamatkan perlumbaan dengan lebih baik.”

“Saya tidak berpeluang langsung untuk melawan pelumba dari Suzuki dan Ducati, ”kata Vinales seperti yang dilaporkan oleh Tutto Motori Web pada hari ini.

“Mengecewakan apabila dipintas dan diatasi oleh semua orang di laluan lurus walaupun kami jauh lebih cepat di selekoh.”

“Ini kisah yang sama seperti biasa. Saya tidak dapat pergi lebih dengan lebih laju dengan Yamaha, ”katanya.

Ini adalah video daripada MotoGP tahun lalu menyaksikan dengan mudah  Ducati memintas Yamaha kerana top speed dan pick up motosikal tersebut.

Bukti bahawa top speed adalah masalah terbesar Yamaha sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk isu berkaitan dengan enjin.

Rossi dan Quartararo pernah meluah perkara sama

Sebelum ini pelumba berpengaruh mereka Valentino Rossi sudah meroyan tentang perkara itu. Namun Rossi mengakui selepas beliau bising, keadaan itu diperbaiki dan lebih baik daripada sebelum ini.

Namun Rossi masih merasakan penambahbaikan masih perlu dibuat oleh Yamaha untuk memastikan pelumba mendapat motosikal yang laju dan berdaya saing kuat.

Minggu lalu, Fabio Quartararo membangkitkan masalah yang sama kepada pihak mekanik dan kejuruteraan Yamaha dengan meluahkan perkara yang hampir sama.

Menurut Quartararo, motosikal Yamaha yang ditunggangnya serba serbi selesa, kecuali masalah dengan top speed dan lambat nak accelerate / pick up.

Quartararo yang menunggang M1, mendedahkan bahawa beliau berdepan dengan kesukaran apabila di bahagian litar yang lurus yang memerlukan motosikal mencapai top speed terbaik.

Beliau merasakan setiap kali berada di kedudukan tersebut, beliau akan membenarkan lawannya untuk mengurangkan jurang jarak.

Di bahagian selekoh Yamaha ternyata memiliki motosikal yang bagus.

“Ini adalah hujung minggu yang tepat untuk kami,” kata Fabio Quartararo.

Yamaha sangat kuat dalam dua kali dalam perlumbaan Jerez sebelum ini.

Di mana kuasa enjin yang maksimum hampir tidak memainkan peranan dalam kemenangan tersebut yang menyaksikan mereka menakluki lima dari enam podium dalam dua perlumbaan.

Masalah yang sama diutarakan oleh veteran Valentino Rossi beberapa minggu lalu, berkaitan dengan enjin dan juga tayar.

“Kami hanya kekurangan top speed, itu satu-satunya kritikan saya,” kata Quartararo.

“Motosikal yang dikendalikan sangat best, dan terasa sangat baik, casisnya sangat mudah digunakan dan pemandu dapat menyesuaikan diri dengan pantas dengan jentera ini.”

“Pada masa yang sama, saya mesti menekankan bahawa motosikal tidak semudah seperti yang semua orang katakan.”

“Lebih sukar untuk menunggang enjin kali ini daripada enjin tahun lalu. Ia mesra pelumba, tetapi tidak mudah menunggang motosikal ini kerana top speed dan grip,” katanya.

Mujur Quartararo menjuarai 2 perlumbaan awal. Kerana Yamaha mungkin akan mendengar pandangannya. Selaku pendahulu perlumbaan musim ini, boleh la beliau menggunakan sedikit kuasa itu.

Yamaha perlu perbaiki segera

Nampaknya Yamaha ada kerja rumah berkaitan kelajuan YZR-M1 di landasan lurus. Vinales berharap masalah itu dapat diselesaikan segera.

Ini kerana, perlumbaan seterusnya akan bermula hujung minggu ini di Red Bull Ring Circuit sekali lagi.

MotoGP Styria 2020 akan berlangsung di Litar Red Bull Ring, pada Ahad, 23 Ogos 2020. Jika dilihat dari hasil perlumbaan minggu lalu, kemungkinan pelumba Ducati dan Suzuki akan sangat kuat sekali lagi di trek sepanjang 4.3 km.

Ini kerana prestasi dua motosikal tersebut di laluan lurus yang sangat bagus berbanding dengan Yamaha.

Musim ini Yamaha memulakan musim mereka dengan cemerlang. Jadi tidak ada alasan untuk mereka tidak berusaha memperbaiki perkara seperti ini secepat ini.

Baca yang lain