Vinales Minta Ampun Dan Faham Kenapa Pelumba Lain Marah Kepadanya

Setelah dkritik oleh beberapa pesaingnya, Maverick Vinales mengakui dia bersalah mengabaikan cadangan untuk menggunakan sistem brek baru.

Pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales, akhirnya mengakui kesilapannya setelah mengabaikan cadangan Brembo untuk menggunakan sistem brek terbaru yang disediakan di MotoGP Styria di Litar Red Bull Ring, pada 21-23 Ogos lalu.

Vinales menyatakan perkara tersebut ketika dalam wawancara dengan Onda Cero.

Dalam MotoGP Austria pada trek yang sama minggu sebelumnya, kebanyakan pelumba menghadapi masalah dengan litar terlalu panas.

Atas sebab ini, Brembo membawa evolusi sistem brek tayar depan ke MotoGP Styria.

Semua penunggang menggunakan sistem baru ini, kecuali Joan Mir (Suzuki) dan Vinales, kerana mereka merasakan MotoGP Austria tidak akan terlalu panas.

Tetapi Vinales sebenarnya menemui masalah kepanasan ini di Styria MotoGP. Dia mengakui bahawa dia merasakannya di Lap 4, tetapi dia berkeras untuk meneruskan perlumbaan.

“Pada minggu perlumbaan sebelumnya, saya menggunakan sistem brek biasa kerana berfungsi dengan sangat baik.”

“Saya melakukan banyak pusingan di belakang pelumba lain dan saya tidak menghadapi masalah. Saya juga mencuba kaliber brek baru dan saya menghadapi masalah,” katanya.

Akhirnya, brek Vinales meletup di Lap 17 dan membuatkannya tanpa brek di selekoh 1.

Untuk mengelakkan dirinya daripada melanggar tembok, dia menjatuhkan diri ketika motosikalnya melaju dalam kelajuan 220 km / jam.

Vinales segera bangun, tetapi motosikal YZR-M1 miliknya hancur dan terbakar, serta menghancurkan pagar angin di sudut.

Kejadian ini memaksa bendera merah dan perlumbaan ditangguhkan. Setelah mendengar penjelasan Vinales, saingannya, termasuk Mir dan Alex Rins, segera melemparkan kritikan tajam kepadanya.

Keputusannya untuk tidak berhenti lebih awal dianggap membahayakan nyawa pelumba lain.

“Brek baru berfungsi dengan baik di beberapa sudut, tetapi mereka sering menyebabkan masalah pada selekoh 4.”

“Brek ini terasa tidak konsisten. Pada FP4, cuaca sangat panas, dan brek lama tidak pernah menimbulkan masalah. Masalahnya hanya muncul semasa perlumbaan,” kata Vinales.

Rins juga mengakui bahawa aksi Vinales, yang dianggap cuai, akan dibincangkan oleh semua pelumba pada pertemuan Suruhanjaya Keselamatan pada hari Jumaat akan datang sebelum perlumbaan MotoGP San Marino di Litar Misano.

Vinales juga mengakui bahawa dia memahami bahawa pesaingnya marah dan bersedia untuk bertanggungjawab atas kesalahannya.

“Jelas saya tidak mahu membahayakan siapa pun.”

“Tetapi ini semua salah saya, kerana saya tidak mahu berhenti lebih awal dan ingin mendapatkan mata sebanyak mungkin.”

“Tetapi saya terus berlumba sehingga brek saya pecah. Saya hilang kawalan sepenuhnya. Saya seharusnya berhenti lebih awal,” tegas Vinales lagi.

Sumber: Corsedimoto

Baca yang lain

Faisal Halim Disimbah Asid

Arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu lagi kejadian jenayah melibatkan pemain kebangsaan. Kali ini melibatkan Faisal Halim yang diserang dan disimbah