Vinales, Rossi Pastikan Yamaha Ungguli FP1, The Doctor Temui Rentak

Dua pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales dan Valentino Rossi tampil unggul dalam sesi latihan pertama di GP Andalusia bertempat di litar Jerez.

Kedua dua rakan sepasukan sebelum ini membuat kontroversi dengan menukar tayar depan mereka ketika berlumba di litar panas.

Rossi kemudian berperang mulut dengan bos Michelin tentang isu tayar motosikalnya. Dalam sesi latihan GP terdahulu, Rossi gagal menempatkan diri dalam 10 teratas.

Tetapi pada hari ini beliau dan rakannya Maverick Vinales ternyata bergaya mendominasi kedudukan 1-2.

Dalam sesi free practice I di Jerez, Vinales mencatatkan waktu terpantas 1 minit 37.063 saat.

Vinales mengalahkan waktu terbaik rakan sepasukannya daripada pasukan Yamaha, Valentino Rossi. Vinales hanya 0.142 saat lebih cepat daripada The Doctor.

Ini adalah sesi yang cemerlang buat pasukan Yamaha selepas mereka bergelut dengan sesi latihan pada GP Sepanyol di litar yang sama.

Valentino Rossi kelihatannya berjaya menemui rentak terbaiknya.

Berada di tempat ketiga ialah pelumba KTM iaitu Brad Binder. Beliau cemerlang dalam sesi ujian ini. Seorang lagi pelumba KTM iaitu Miguel OIivera menamatkan saingan di tangga kelima.

Sementara itu, juara GP Sepanyol Fabio Quartararo menamatkan sesi latihan pertama ini di tangga ke-13. Sementara itu, rakannya, Franco Morbidelli berada di tangga keempat.

Valentino Rossi akhirnya tampil cemerlang di Jerez selepas berdepan dengan kesukaran sebelum ini. Beliau mengkritik masalah tayar telah menjejaskan tungangannya dalam Grand Prix sebelum ini.

Dan meminta pasukan teknikal dan mekanik pasukan untuk memperbaiki masalah itu.

Mungkinkah akhirnya mereka sudah menemui penyelesaian?

Legenda, Valentino Rossi memastikan pasukan Yamaha memenangi pole position untuk sesi latihan pertama.

Pelumba Repsol Yamaha, Marc Marquez memutuskan untuk tidak menyertai sesi latihan pertama ini. Beliau mengejutkan ramai pihak termasuk pasukan Honda sendiri ketika dia tiba di Jerez untuk sesi latihan.

Marquez dilaporkan mahu menguji kondisi fizikalnya dalam sesi latihan kali ini, dan akan memutuskan sama ada akan berlumba dalam perlumbaan sebenar.

Marquez baru sahaja menjalani pembedahan di Barcelona pada Selasa lalu. Ramai yang terkejut dengan kehadiran semula beliau di Jerez.

Berikut adalah keputusan penuh sesi latihan pertama GP Andalusia pada hari ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan