Vince Mcmahon Mengesahkan Empat Perlawanan Yang Bakal Dilangsungkan Di TLC

Acara Pay Per View WWE, Tables/Ladders/Chairs(TLC) akan dilangsungkan tiga minggu dari sekarang.

Acara tersebut bukanlah salah satu dari empat acara tradisi syarikat, namun, WWE sepertinya akan tetap berusaha untuk menjalankan juga PPV tersebut walau mengalami pelbagai kesukaran pada tahun ini.

Beberapa perlawanan yang akan dilangsungkan di acara tersebut sudah diumumkan dan ada yang bakal menyusul.

WWE tidak membuang masa untuk terus membina jalan cerita yang menarik di acara SmackDown Live dan Monday Night RAW ekoran dari berakhirnya PPV Survivor Series sebelum ini.

Terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa sembilan perlawanan bakal dilangsungkan di acara PPV TLC itu nanti.

Sementara ada kemungkinan beberapa perlawanan yang telah dirancang akan terpaksa dibatalkan atau ditukar oleh WWE menjelang acara PPV tersebut.

Big Boss WWE, Vince McMahon secara rasminya telah mengumumkan empat perlawanan yang sudah pasti akan dilangsungkan di acara TLC nanti.

Menurut sumber laporan dari Ringside News, Vince McMahon telah memberi lampu hijau untuk empat perlawanan tersebut dilangsungkan.

Empat Perlawanan Yang Sudah Disahkan:

Roman Reigns vs Kevin Owens (Universal Championship match)

Shayna Baszler and Nia Jax vs Asuka and Lana (Women’s Tag Team Championship match)

Jey Uso vs Daniel Bryan

Randy Orton vs ‘The Fiend’ Bray Wyatt

Walau bagaimanapun, laporan tersebut turut menyatakan bahawa perlawanan antara Drew McIntyre vs Braun Strowman untuk kejuaraan Dunia WWE, terpaksa dibatalkan, ekoran dari kecederaan yang menimpa ‘The Monster’ itu.

Seperti semua sedia maklum, dua dari empat perlawanan yang sudah disahkan itu kemungkinan besar akan membawa kepada jalan cerita yang panjang, seperti perseteruan antara Reigns, Uso dan Bryan.

Daniel Bryan dijadualkan akan bertemu Roman Reigns di acara Royal Rumble tahun hadapan untuk merebut kejuaraan dunia WWE yang disandang oleh ‘The Tribal Chief’ itu.

Wretling Observer Radio melaporkan bahawa pembinaan perseteruan antara kedua-dua mereka bakal bermula selepas berakhirnya acara TLC ini nanti.

Ekoran dari kekalahan Bryan kepada Juara antara benua, Samy Zayn minggu lalu, sepertinya Vince McMahon mahu menaikkan semula beliau dan meletakkannya sebagai pencabar kejuaraan dunia milik Roman Reigns.

Baca yang lain