Walaupun Dah Post, Umum, Like Dah Banyak, Namun Barca Tak Boleh Daftarkan Kessie Dan Christensen

Barcelona sebelum ini mengumumkan Franck Kessie dan juga Andreas Christensen sebagai 2 pemain baharu mereka.

Kedua dua pemain tersebut ditandatangani secara percuma selepas kedua duanya tidak menyambung kontrak dengan kelab lama.

Barcelona baru menerima suntikan dana EUR200 juta daripada penjualan hak penyiaran kelab. Tetapi sebenarnya suntikan dana itu masih tak cukup untuk membuatkan akaun FFP mereka sihat.

Oleh sebab itulah Barca masih berusaha cuba menyelaraskan gaji pemain mereka dengan cuba berunding dengan pemain seperti Frenkie De Jong.

De Jong dikatakan boleh kekal di Barcelona hanya jika pemain itu menerima pengurangan gaji. Ini untuk memastikan akaun FFP Barcelona di bawah piawaian.

Tetapi De Jong dilaporkan tidak menerima cadangan itu buat masa ini. Musim lalu, Ousmane Dembele menerusi ejennya dikatakan mempersoalkan pemotongan gajinya, kerana dia merasakan gaji mereka dipotong untuk menampung gaji pemain seperti Sergio Aguero, dan kemudian Pierre Emerick Aubameyang dan Ferran Torres yang datang pada pertengahan musim dan beberapa pemain lain lagi.

Kes Barcelona mirip situasi musim lalu

Ketika itu Barca bergelut untuk mendaftarkan Sergio Aguero. Mereka perlu melepaskan beberapa pemain termasuk Lionel Messi, Griezmann dan Coutinho dari tangga gaji mereka.

Griezmann dan Coutinho masih dibayar separuh oleh Barca ketika mereka bergelar pemain pinjaman. Namun Messi dilepaskan sepenuhnya.

Selepas musim 2020/21 melabuhkan tirai, Presiden Barcelona Joan Laporta pantas mengumumkan 4 pemain baharu bagi memperkuatkan pasukannya bagi menghadapi saingan musim 2021/22.

Sergio Aguero, Eric Garcia, Emerson Royal dan Memphis Depay dibawa masuk. Kecuali Emerson, kesemua pemain didapati secara percuma.

Disamping itu Barcelona hampir mendapatkan Georginio Wijnaldum. Tetapi pada saat akhir pemain Belanda itu memilih menyertai Paris Saint Germain.

Disebabkan majoritinya pemain baru hadir secara percuma, secara perakaunan Barcelona belum membelanjakan wang.

Disudut lain. Aguero dan Depay bersetuju menerima gaji lebih rendah berbanding sebelumnya.

Namun disebabkan kelab mempunyai hutang yang tinggi, La Liga’s economic controls tidak membenarkan Barcelona menambah satu sen pun bil gaji dalam kewangan kelab sehingga hutang mereka menurun ke paras selamat.

Apa itu La Liga’s Economic Controls

Pada tahun 2013 pihak La Liga mewujudkan Jabatan La Liga’s economic control.

Kakitangan jabatan tersebut akan menganalisis dan memantau setiap pergerakkan kewangan kelab yang bermain di Primera (divisyen 1) dan Segunda (divisyen 2).

Hasil dari analisis itu, pihak tersebut akan menetapkan had belanja perbelajaan yang perlu dipatuhi.

Had belanja tersebut meliputi jumlah gaji pemain utama dan staf kejurulatihan skuad utama.

Ia juga merangkumi perbelajaan pemain dan jurulatih simpanan dan akademi kelab.

Kelab boleh merancang perbelanjaannya dengan acuan sendiri tetapi tidak boleh melepasi jumlah had yang dibenarkan.

Setiap tahun, semua kelab perlu melaporkan data kewangan sebelum jendela perpindahan hujung musim dibuka.

Selain jangkaan pendapatan musim hadapan kelab perlu mendedahkan keuntungan atau kerugian pada musim sebelumnya.

Perbelanjaan pengurusan, kontrak kakitangan, duit simpanan kelab, perbelajaan pembayaran hutang lama, pelaburan dan pendapatan dari sumber lain juga perlu dilaporkan.

Bagi tujuan perakaunan, jumlah transfer fee akan dibahagi mengikut tempoh kontrak pemain tersebut.

Sebagai contoh jika pemain itu dibeli pada harga €10 juta dengan kontrak 5 tahun maka laporan akaun untuk kes tersebut adalah €2 juta setahun.

La Liga’s Economic controls mempunyai sistem perisian, sistem tersebut akan menilai data kewangan yang telah dikemaskini mengikut laporan tahunan.

Jika kelab melepasi had kewangan yang telah dibenarkan maka pendaftaran baru tidak akan diluluskan sehingga masalah tersebut diselesaikan terlebih dahulu.

Dalam kes 4 pemain Barcelona, gaji mereka merupakan perkara yang dinilai walaupun tidak mempunyai transfer fee.

Perbezaan dengan UEFA Financial Fair Play

La Liga’s Economic controls bukan UEFA Financial Fair Play tetapi ia hampir mirip. Ia bertujuan memastikan kelab tidak muflis dan berkubur akibat perbelanjaan melampau.

Kelab perlu berbelanja mengikut pendapatan tulen. Peraturan tersebut juga tidak membenarkan pemilik kaya menyuntik dana peribadi ke dalam kelab.

Ia boleh membuatkan kelab tidak stabil kerana tidak berdiri atas pendapatan tulen tersebut.

Jika pemilik kaya tersebut menarik diri, kos besar akan ditanggung oleh pemilik baru yang mungkin tidak sekaya pemilik lama. Kelab perlu berdiri atas pendapatan tulen untuk mengelak situasi itu berlaku.

Perbezaan besar antara La Liga’s Economic controls dan UEFA Financial Fair Play, UEFA Financial Fair Play melihat semula perbelanjaan beberapa musim sebelumnya.

La Liga’s Economic controls menilai situasi semasa sebelum had perbelanjaan dikeluarkan.

Disebabkan itu pihak La Liga tidak melarang Barcelona melakukan pengambilan pemain baru pada ketika itu.

Bermula tahu lalu, Laporta mengetuai Barcelona melakukan langkah merasionalisasikan kewangan kelab.

Mereka melepaskan ramai pemain muda mereka dan cuba menjual dengan harga terbaik. Lebih malang, Emerson Royale yang baru tiba, namun dijual terus ke Spurs, sampai dia merasakan diri dia dipergunakan untuk mendapatkan wang,

Langkah tersebut berjaya membantu kelab melakukan penjimatan sebanyak € 26.5 juta termasuk pengurangan bil gaji. Namun mereka pada masa itu perlu mengurangkan 10% lagi.

Barcelona cuba menjual Samuel Umtiti dan Miralem Pjanic. Namun hanya Pjanic yang keluar, dengan Umtiti berkeras tak mahu pindah.

Dua pemain lagi dalam senarai untuk dijual adalah Coutinho dan Dembele. Tetapi Barca gagal menjual Dembele. Mujur Coutinho memudahkan sedikit urusan kelab dengan menerima perpindahan pinjaman ke Aston Villa yang kemudian menjadi perpindahan tetap.

Gerrard Pique pula bersetuju -dalam kontrak baru- untuk ‘menangguhkan’ sebahagian gaji supaya ‘dalam akaun’ perbelanjaan kelab tidak terlalu tinggi. Membuatkan Barca berhutang EUR50 juta dengannya.

Barca Berhutang Tunggakan Gaji €50 Juta (RM236.7j) Dekat Pique Yang Baru Ditinggal Bini

Situasi yang sama menimpa Barca musim ini. Mereka sudah mengumumkan Franck Kessie dan juga Andreas Christensen. Mereka masih berusaha mendapatkan Robert Lewandowski dan juga Bernardo Silva. Malah lebih mengejutkan Barca turut membincangkan pilihan untuk membawa Cristiano Ronaldo ke kelab mereka jika gagal mendapatkan Lewandowski.

Barca tidak boleh mendaftarkan Kessie dan Christensen di La Liga

Walaupun sudah mendapat suntikan dana, tetapi Barca masih belum memiliki likuitidi yang cukup dalam akaun mereka untuk mendaftarkan pemain baharu.

Juan Antonio Alcalá melaporkan bahawa pendaftaran Christensen dan Kessie buat masa ini hanya di Barcelona namun bukan di pejabat rasmi La Liga. Barcelona masih tak cukup syarat untuk berbuat begitu berdasarkan kerugian semasa mereka.

Oleh itu Barcelona perlu mencari suntikan dana lagi untuk mengaktifkan butang pendaftaran pemain dalam La Liga selepas mereka melakukannya menerusi penjualan hak tv dan juga penjualan barangan sukan kelab.

Kedua dua pemain sudah menandatangani kontrak dengan Barca sehingga 2026 dengan masing masing ada klausa pelepasan EUR500 juta. Sebelum ini mereka melalui situasi yang sama ketika cuba mendaftarkan Aguero, Depay dan beberapa pemain lagi. Namun mereka berjaya melakukannya kerana Messi dilepaskan.

Kini mereka hanya bergantung kepada De Jong. Jika mereka dapat menjual De Jong dengan nilai EUR80 juta, mereka mungkin akan berasa lega. Kerana ada duit masuk EUR80 juta dan bil gaji De Jong akan dikosongkan.

Baca yang lain