Wanita Ini Klaim Matahari Miliknya, Geran Dalam Tangan, Dan Kemudian Lelong Matahari Di eBay

Matahari merupakan salah bintang yang dipercayai sudah wujud sejak berbillion tahun lamanya. Dan ia sudah terpacak di sana sejak sekian lama.

Namun pada 2010, seorang wanita dari Sepanyol telah mengklaim bahawa matahari adalah miliknya.

Wanita dari daerah Galicia itu telah mendaftarkan matahari sebagai hak miliknya dengan mengemukakan dokumen bukti geran pemilikannya.

Angeles Duran, yang ketika itu berusia 49 tahun, menegaskan bahawa mulai 2010, matahari adalah miliknya secara rasmi berdasarkan geran pemilikan berdaftar yang dimiliknya.

Bercakap kepada media ketika mengumumkan matahari sebagai miliknya, Angeles Duran berkata: “Saya tahun undang undang. Di mana perjanjian antarabangsa menyatakan bahawa, tidak ada negara yang dibenarkan untuk menuntut hak pemilikan planet atau bintang. Namun ianya jelas sekali tidak menyebut tentang tuntutan secara individu.”

Duran mengambil langkah itu hanya selepas sebulan sebelumnya, seorang rakyat Amerika Syarikat menuntut bahawa bulan adalah miliknya termasuk beberapa buah planet lagi di sistem suria.

Mendengar pengklaiman itu, Duran merasakan, dia perlu mengambil kesempatan untuk mengklaim matahari.

“Ianya tiada masalah langsung, saya ada bukti sokongan bahawa tuntutan saya ini adalah berlandaskan undang undang. Saya bukannya bodoh, saya pun tahu undang undang.”

“Kalau saya tak klaim matahari sekarang, orang lain pula akan melakukannya esok lusa, lebih baik saya menjadi yang pertama berbuat demikian.”

Dokumen yang dikeluarkan oleh notari awam mengisytiharkan Cik Duran sebagai ‘pemilik Matahari, bintang jenis spektrum G2, terletak di tengah-tengah sistem suria, terletak pada jarak purata dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer’.

Hot property: Angeles Duran, 49, dengan dokumen pejabat notarinya yang membuktikan dia adalah pemilik sah matahari

Cik Duran, yang tinggal di bandar Salvaterra do Mino, berkata dia mahu mengenakan bayaran kepada setiap orang yang menggunakan matahari dan memberikan separuh daripada hasil kepada kerajaan Sepanyol – dan 20 peratus kepada dana pencen negara.

Bantu KDNK Sepanyol

Dia akan mendedikasikan 10 peratus lagi untuk penyelidikan, 10 peratus lagi untuk menamatkan masalah kebuluran di dunia – dan akan menyimpan baki 10 peratus untuk diri sendiri.

Duran berkata: “Sudah tiba masanya untuk mula melakukan perkara dengan cara yang betul, jika ada idea bagaimana untuk menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, mengapa tidak melakukannya?”

Namun pada masa itu, Duran menyatakan bahawa dia masih mengkaji kadar tarif untuk caj penggunaan matahari yang akan dikenakan kepada semua manusia yang menggunakannya.

Agak menarik kerana tiada seorang pun yang pernah mempertikaikan tuntutan Duran tersebut. Mungkin kerana memikirkan bahawa ianya terlalu mengarut.

Pada 2013, Duran kemudian membuka bidaan kepada orang ramai menerusi eBay. Ianya antara barang paling pelik pernah dijual di eBay.

Duran menjual lot matahari kepada mereka yang berminat. Di mana orang ramai boleh membeli matahari dengan harga sekitar EUR1 untuk setiap meter persegi. Pembeli akan diberikan sijil geran pemiliak yang sah daripada Duran.

Permukaan matahari adalah sekitar 317 juta kilometer persegi ataupun 317 billion meter persegi. Jika dia menjual setiap meter persegi EUR1 bermakna dia akan mendapat sekurang kurangnya €317 billion.

Malangnya iklan tersebut diturunkann oleh eBay kerana Duran telah menjual sesuatu yang dianggap tidak munasabah dan dikira scam.

Duran bengang dan mahu menuntut eBay membayar gantirugi €10,000.

Selepas peristiwa itu Duran kemudian mengklaim bahawa Tarzan adalah karakter miliknya. Dan menuntut mana mana penerbit filem yang menggunakan watak atau nama Tarzan untuk membayar royalti kepadanya.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan