Ramai Wanita Sebenarnya China Pertaruhkan Nyawa Bedah Telinga Elf Untuk Nampak Cantik Dan Cerdik

Pada hari ini, ramai manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk nampak cantik. Daripada pembedahan wajah kepada pembedahan badan dan kini pembedahan telinga pula.

Di China, satu trend yang merisaukan adalah trend semakin ramai muda mudi yang membedah telinga mereka untuk memiliki bentuk telinga elf. Satu bentung telinga tajam ataung runcing di hujung.

Sebelum ini, telinga elf dianggap kelainan fizikal pada mereka yang memilikinya sejak lahir. Dan kini ianya menjadi trend kecantikan yang segaja dibuat.

SCMP melaporkan bahawa, ramai di China percaya bahawa telinga seperti itu akan membuatkan wajah mereka kelihatan lebih kurus dan lebih muda.

SCMP turut melaporkan bahawa, trend ini popular di kalangan mereka generasi lahir 2000-an.

Media sosial menjadi wadah utama memainkan sentimen yang meracuni fikiran budak budak ini. Di mana ramai mempromosi prosedur pembedahannya sebagai sangat mudah dan hasilnya yang memukau – kata iklan itu la – bukan aku la.

Lebih tak masuk akal, ada influencer memberikan testimoni yang menegaskan dia terkejut kawan kawan dia melihat dia semakin muda dan nampak lebih bijak. Tak taulah sama ada kawan kawan dia ni betul betul memaksudkannya.

Influencer itu berkata: “Sangat ajaib, saya tak tukar apa apa pun pada wajah saya. Tapi kawan kawan saya cakap saya dah makin kurus dan lebih bijak.”

Di ruangan komen terus ada yang terpengaruh. “Oh saya nak juga, sangat berbaloi nak buang duit benda macam ni, sangat sukar dipercayai.”

Sebuah pusat pembedahan kosmetik di Shanghai kini menerima banyak tempahan untuk prosedur pembedahan telinga. Malah ramai yang terpaksa menunggu lama untuk janji temu mereka.

Pekerja hospital itu bernama Linlin berkata: “Jangan lisau lo, ini selamat dan popiular sekalang. Kami ada ramai kastemer beratur setiap hari.”

“Lepas tu baru saya perasan, kastemer kita ramai budak budak yang lahir selepas tahun 2000 itu macam meh. Kami berusaha sedaya upaya supaya mereka mendapat telinga elf idaman mereka.”

“Sebelum ini saya membantu seorang pelanggan yang datang nak buat telinga itu macam, lepas itu ramai sekali datang.”

Seorang lagi wanita bernama Yu berkata, telinga elf ni bukan sahaja membuatkan dia nampak lebih muda dan jelita, tetapi boleh digunakan untuk menyelitkan rambutnya yang panjang dengan mudah.

China terus menjadi pusat utama pembedahan plastik. Di mana industri pembedahan kosmetik mereka melonjak dari  US$10.1 billion pada 2015, sebanyak  hampir US$27.7 billion pada in 2019.

Delloite mengiktiraf China sebagai raja kepada industri pembedahan plastik.

Namun doktor pakar menyatakan bahawa trend ini sangat bahaya dan jangan diikut. Terlalu berisiko serta akan cepat ditelan zaman.

Pakar bedah kosmetik, Wang Jiangyun berkata: “Saya berani jamin, mereka yang memburu kecantikan dengan membuat telinga elf ini akan mahukan telinga asal mereka kembali.”

“Sama macam trend sebelum ini di mana ramai yang meniru hidung selebriti dan nak tiru mata mat salleh. Itu juga sangat popular dahulu.”

Doktor Liu pula berkata: “Pertama sekali, risikonya adalah jangkitan kuman pada telinga selepas pembedahan di mana ianya sangat sukar untuk dirawat. Keduanya adalah badan mungkin hilang keseimbangan; akibat menyuntik asid hyaluranik ke dalam darah, dan ianya boleh menyebabkan risiko meninggal.”

Sumber: SCMP

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang