WCQ: Dua Kali Alisson Kena Kad Merah, Dua Kali VAR Batalkannya

Ecuador dan Brazil telah bermain dalam aksi yang penuh mendebarkan dan kontroversi VAR dalam kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan. 4 kali VAR campur tangan melibatkan Brazil dan kesemuanya memihak kepada mereka.

Nama penjaga gol Liverpool, Alisson Becker menjadi perhatian ramai. Kerana dia menerima dua kad merah straight dalam satu perlawanan dan kedua duanya dibatalkan semula kerana VAR. Jika tanpa VAR, mustahil untuk melibat kelibat Alisson di atas padang.

Brazil sudah pun mara ke Piala Dunia Qatar lebih awal. Mereka menggunakan peluang yang ada untuk menguji beberapa lagi pemain mereka.

Pasukan Ecuador menduduki tempat ketiga dan hampir pasti layak ke Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.

Bintang Real Madrid, Casemiro membolehkan Brazil mendahului pada awal-awal lagi dalam usaha mereka cuba mengekalkan rekod tanpa kalah dalam pusingan kelayakan Piala Dunia kali ini.

Dan untuk memburukkan lagi keadaan bagi tuan rumah, apabila pemain mereka, Alexander Dominguez telah dibuang padang kerana kekasaran mengangkat kaki tinggi ke atas Matheus Cunha pada minit ke-15.

Keadaan di stadium menjadi gila kerana keputusan tersebut. Tak cukup dramatik? Baiklah, kita sambung lagi…

Tidak lama kemudian, pemain bek sisi Spurs iaitu Emerson Royal pula dibuang padang untuk Brazil selepas kad kuning kedua hanya 5 minit selepas Dominguez dibuang padang. Royal sangat gugup dalam perlawanan ini.

Keadaan menjadi lebih liar, apabila pengadil melayangkan kad merah ketiga. Ini selepas Alisson didakwa melakukan kekasaran dengan mengangkat but tinggi.

Pengadil menerima panggilan daripada VAR untuk meninjau semula insiden itu. Selepas semakan VAR, pengadil menukar keputusannyan. Kad merah kemudian ditukar kepada kad kuning sahaja.

Reviu VAR menyaksikan Alisson sudah menendang bola terlebih dahulu. Dan kakinya terkena kepada muka pemain ketika dia menurunkannya.

Penyokong tuan rumah ternyata berang dengan keputusan pengadil. Semua itu berlaku dalam masa 30 minit pertama perlawanan. Memang tak sah kalau tak gila game melibatkan pasukan latin ini.

Alisson terus bergelut pada separuh masa kedua apabila dia bolos ketika dia meronta ronta cuba memenangi bola.

Bagaimanapun, dia telah diselamatkan oleh wisel pengadil kerana penjaga garisan sudah pun memberikan isyarat bahawa bola telah terkeluar dari permainan.

VAR kemudian dipanggil beraksi buat kali ketiga apabila pengadil Wilmar Roldan menghadiahkan penalti kepada Ecuador, tetapi selepas semakan keputusan yang diberikan terhadap Raphinha telah dibatalkan.

Tuan rumah akhirnya memperoleh gol penyamaan yang sepatutnya pada minit ke-75 apabila Felix Torres menanduk masuk dari sepakan sudut.

Dan malam Alisson, Roldan dan VAR tidak selesai lagi, dengan penjaga gol Liverpool itu melepaskan penalti saat akhir dan mendapat kad merah kedua dengan menumbuk muka pemain lawan.

Bagaimanapun, dia telah diselamatkan oleh semakan VAR sekali lagi yang turut membatalkan keputusan kad merah tersebut sekali lagi. Maka penyokong Ecuador sekali lagi memaki hamun pengadil di atas keputusan tersebut dan bersorak VARzil.

Tamat perlawanan, satu mata dikongsi kedua dua pasukan. Keputusan itu sebenarnya sangat baik buat Ecuador. Dengan mendapat satu mata, ianya secara tak langsung meletakkan Ecuador satu lagi mata lagi menghampiri slot ke Qatar 2022 untuk bersaing dengan pasukan terbaik dunia yang lain nanti.

Mereka kini berada tujuh mata di atas Peru yang menduduki tempat kelima dalam carta. Beberapa perlawanan lain akan berlangsung pada hari berikutnya.

 

Baca yang lain