West Ham Mahukan Palhinha Gantik Rice, Namun Masih Bengang Fulham Nak Ketuk £60 Juta Pulak

West Ham United sebelum ini kecewa dengan Fulham yang meletakkan tanda harga Palhinha sebagai £90 juta.

Mereka menganggap harga itu tidak masuk akal dan bukan penilaian sebenar.

Kini West Ham semakin hampir kehilangan Declan Rice ke Arsenal dengan nilai £105 juta.

Dan kelab itu kekal mahukan Palhinha sebagai pengganti utama Rice.

West Ham berharap Fulham sebelum ini hanya bermain main meletakkan tanda harga £90 juta. Kerana kini mereka serius mahukan pemain itu dengan nilai jauh lebih rendah.

Fulham membeli pemain berusia 27 tahun itu dengan nilai £20 juta sahaja.

Fulham dilaporkan sedia mengurangkan tanda harga pemain itu kepada harga bermula £60 juta.

West Ham masih kurang berkenan dengan harga tersebut. Kerana West Ham berharap mereka mendapatkan pemain itu sekitar £30 juta dianggap harga sepatutnya untuk pemain tersebut.

West Ham mungkin tidak akan meneruskan usaha memburu Palhinha kerana menganggap tanda harga itu cekik darah dan cuba ketuk mereka.

Fulham kekal bertegas bahawa West Ham harus menghormati tanda harga mereka letakkan sebagaimana West Ham meminta Arsenal dan Man City menghormati tanda harga mereka letakkan untuk Declan Rice sebanyak £100 juta.

Spurs turut berminat mendapatkan Palhinha. Tidak pasti sama ada Levy benar benar sedia membayar £60 juta untuk pemain tersebut.

Ianya akan menyamaai atau mungkin memecahkan rekod pembelian Richarlison sebelum ini sebanyak £60 juta, kerana pasti ada bonus dalam pembelian Palhinha itu.

Baca yang lain