West Ham Terkejut Fulham Minta £90 Juta Untuk Palhinha

West Ham United dilaporkan terkejut dengan permintaan harga £90 juta oleh Fulham jika mereka mahu mendapatkan Palhinha.

West Ham sudah bersedia untuk kehilangan Declan Rice. Dan mereka menyenaraikan Palhinha sebagai calon pengganti.

West Ham meletakkan tanda harga £100 juta untuk Declan Rice. Dan sudah menolak 2 bidaan Arsenal termasuk bidaan £90 juta yang dibuat pada tawaran kedua.

West Ham menanggap tawaran Arsenal tidak munasabah dari segi bonus. Di mana bayaran asas adalah £75 juta dan bonus £15 juta yang dianggap sukar dicapai.

West Ham menjangkakan mereka boleh mendapatkan Palhinha dengan nilai sekitar £30 juta. Malangnya Fulham sudah meletakkan tanda harga luar biasa kepada West Ham.

Palhinha diletakkan tanda harga £90 juta oleh Fulham. Declan Rice berusia 24 tahun manakala Palhinha pula 27 tahun.

West Ham jelas tidak gembira dengan tanda harga itu yang dianggap agak tidak masuk akal.

Dan mereka sedia untuk beralih ke sasaran lain iaitu Edson Alvarez jika gagal mendapatkan Palhinha.

Kenapa begitu mahal?

Pengurusan tertinggi Fulham menilai Palhinha adalah pemain pada kualiti yang hampir sama dengan Declan Rice.

Ditambah dengan kontrak pemain itu yang sangat panjang iaitu sehingga 2027.

Jadi, jika West Ham menilai Declan Rice £100 juta, maka Fulham meletakkan harga Palhinha kurang sikit je iaitu £90 juta.

Fulham mendapatkan Palhinha dari Sporting Lisbon dengan nilai £20 juta.

Dia terus menjadi pemain pemting Marco Silva. Bermain 40 kali sejak melakukan debut untuk The Cottagers.

Sebelum ini Fulham dikatakan menilai pemain itu dengan harga £50 juta. Mungkin harga berbeza diberikan kepada West Ham?

Palhinha antara defensive midfielder terbaik di EPL musim lalu. Dengan melakukan 147 bentesan dalam EPL. Membuatkan dia menarik perhatian banyak kelab besar di Eropah.

Baca yang lain