West Ham Tolak Bidaan Arsenal, Kini City Berminat Hijack Declan Rice

Arsenal telah dikaitkan dengan perpindahan Declan Rice sepanjang bulan ini. Dan isu yang menjadi penghalang adalah kesepakatan harga.

Declan Rice sudah memutuskan mahu meninggalkan West Ham United selepas menolak tawaran kontrak dengan gaji £200 ribu seminggu di kelab itu.

Rice akan dikenang sebagai legenda di West Ham selepas mengetuai pasukan itu menjuarai UECL musim ini.

Declan Rice merupakan pemain yang bermain di bahagian tengah. Menjadi keutamaan Mikel Arteta terutama sekali selepas pemergian Granit Xhaka.

Arsenal sebelum ini yakin bahawa mereka menawarkan pakej terbaik untuk mendapatkan Declan Rice. Dengan klausa khas di mana bonus akan dibayar jika Arsenal memenangi EPL atau UCL pada penggal pertama kontrak Rice bernilai £10 juta.

Arsenal kemudian melancarkan bidaan rasmi pertama dengan bayaran mutlak yang dijamin adalah £80 juta. Ianya tidak memuaskan hati West Ham United yang meletakkan nilai pemain tersebut pada paras £100 juta sebelum ini.

West Ham sebenarnya sedia untuk mendengar tawar menawar dari Arsenal. Namun angka £80 bayaran asas dianggap sangat rendah daripada apa yang mereka harapkan.

Lebih meresahkan peminat Arsenal adalah Manchester City juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Declan Rice.

Walaupun bidaan pertama ini ditolak oleh West Ham, namun koresponden Martyn Ziegler dan Fabrizio Romano tetap menyatakan bahawa Arsenal masih lagi pasukan pilihan yang akan berjaya mendapatkan Declan Rice walaupun ada minat daripada Manchester City.

Arsenal dijangka akan membuat bidaan kedua dalam masa terdekat untuk pemain antarabangsa England itu.

Ramai pakar perpindahan merasakan Arsenal harus menyegerakan lagi usaha mendapatkan Rice. Ini kerana Man City dikatakan sedia menawarkan pakej wang + pemain iaitu Kalvin Phillips.

Yang mungkin boleh menarik minat West Ham untuk melepaskan pemain itu ke City.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali