West Ham Sedia Tolak Bidaan Kedua Arsenal £90j Kerana Bonus Tak Realistik

Arsenal melancarkan bidaan kedua mereka untuk mendapatkan Declan Rice selepas bidaan pertama mereka sebelum ini ditolak.

Arsenal telah dikaitkan dengan perpindahan Declan Rice sepanjang bulan ini. Rice malah telah menjadi sasaran Arteta sejak musim lagi.

Dan isu yang menjadi penghalang adalah kesepakatan harga. Kerana dari segi terma peribadi, Arsenal yakin pemain itu tiada masalah langsung.

Declan Rice sudah memutuskan mahu meninggalkan West Ham United selepas menolak tawaran kontrak dengan gaji £200 ribu seminggu di kelab itu.

Rice akan dikenang sebagai legenda di West Ham selepas mengetuai pasukan itu menjuarai UECL musim ini.

Declan Rice merupakan pemain yang bermain di bahagian tengah. Menjadi keutamaan Mikel Arteta terutama sekali selepas pemergian Granit Xhaka.

Arsenal turut sedia melepaskan Thomas Partey yang sudah diberitahu bahawa kelab itu tidak akan melanjutkan kontraknya.

Maka mereka mahu memecahkan rekod perpindahan kelab dengan membeli Declan Rice.

Bidaan pertama Arsenal ditolak

Arsenal sebelum ini melancarkan bidaan sekitar £82 juta untuk Rice dan ianya dtolak oleh West Ham.

Ianya tidak memuaskan hati West Ham United yang meletakkan nilai pemain tersebut pada paras £100 juta sebelum ini.

West Ham sebenarnya sedia untuk mendengar tawar menawar dari Arsenal.

Lebih meresahkan peminat Arsenal adalah Manchester City juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Declan Rice.

West Ham berkeras meminta £100 juta untuk pemain itu.

Bidaan kedua Arsenal turut ditolak

Terbaru Arsenal menawarkan bidaan kedua dengan pakej lebih baik dengan bayaran keseluruhan £90 juta. Dipecahkan kepada bayaran asas £75 juta dan bonus £15 juta.

Masalah utama West Ham pada bidaan itu adalah tidak dapat menerima bonus itu yang dianggap sukar dicapai atau kurang realisitik.

West Ham turut menjangkakan Manchester City akan turut hadir dengan bidaan mereka pada minggu ini.

Kelab London itu sedia bersabar terlebih dahulu dalam isu penjualan kapten kelab Declan Rice.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa, Man City sedia menyertai pemain bersama sama dengan bayaran tunai untuk mendapatkan Declan Rice.

Kalvin Phillips adalah nama yang mungkin akan dijadikan galang ganti untuk mendapatkan Rice.

Man City telah memantau perkembangan Arsenal – Declan Rice ini sejak awal minggu perpindahan pra musim kali ini.

Dan mereka mahu melihat struktur bayaran yang ditawarkan Arsenal sebelum menyediakan pakej mereka.

Guardiola yang sudah kehilangan Ilkay Gundogan sebagai ejen bebas merasakan bahawa Declan Rice adalah pengganti terbaik.

Ditambah dengan status Declan Rice sebagai pemain tempatan.

Berbalik kepada situasi Arsenal, David Ornstein menyatakan bahawa, tawaran Arsenal sebenarnya sangat hampir dipersetujui oleh West Ham United.

Baca yang lain