Woodward Yakin Guna Sanchez Dapat Sancho

Manchester United yakin akan membawa Jadon Sancho ke Old Trafford dengan menggunakan Alexis Sanchez sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut.

Man United adalah pasukan pilihan untuk menandatangani Sancho pada musim panas ini walaupun harga pemain tersebut sangat tinggi. Borussia Dortmund sudah menyatakan sebelum ini mereka tak akan mengurangkan tanda harga meskipun situasi semasa koronavirus.

Malah mereka turut sudah memberikan lampu hijau kepada Man United untuk membida pemain itu dengan harga yang mereka minta.

Mundo Deportivo melaporkan, Ed Woodward ada cara tersendiri untuk merealisasikan perpindahan itu. Di mana beliau akan cuba mengurangkan pembayaran dengan wang. Ini dengan menyertakan Alexis Sanchez.

Ini bukan kali pertama Woodward mahu menggunakan Sanchez dalam mendapatkan pemain lain. Namun kesemuanya gagal setakat ini. Kekangan utama adalah gaji.

Sebelum ini Woodward pernah cuba menyertakan Sanchez dalam usaha untuk mendapatkan Griezmann dan Bruno Fernandes. Kedua duanya gagal.

Namun pada jendela berikutnya, Woodward hanya menawarkan cash dan tiada Sanchez untuk Bruno, elok je terus dapat.

Sanchez gagal mendapat tempat dalam skuad United pada musim ini dan dipinjamkan ke Inter Milan. Beliau bergelut dengan kecederaan di Inter.

Isu prestasi Sanchez

Masalah yang sama beliau hadapi di Man United selain daripada masalah prestasi.

Baru baru ini Sanchez telah tampil mengecam Jose Mourinho sebagai punca kejatuhan prestasinya. Di mana beliau menyatakan polisi pengurusan Mourinho membuatkannya hilang motivasi.

Sanchez berkata: “Kadangkala saya bermain, kadangkala saya tak bermain. Ketika saya sedang menikmati aksi di atas padang, saya dikeluarkan pula.”

“Itu langsung tidak membantu untuk menaikkan motivasi pemain.”

Inter Milan dilihat tidak akan menandatangani pemain itu secara tetap kerana isu gaji yang terlalu tinggi. Pada ketika ini, dalam tempoh pinjaman, Man United membayar sebahagian daripada gaji Sanchez.

Namun Sanchez perlu sedia untuk menerima gaji lebih rendah di Dortmund kerana kelab tersebut pastinya tak mampu membayar gaji beliau yang terlalu tinggi.

Prestasi Sancho

Sancho adalah pemain yang dikatakan sesuai dengan rancangan United untuk menandatangani pemain muda, berbakat dan mereka memerlukan lebih banyak pilihan dalam serangan, terutama di sebelah kanan.

Pemain berusia 20 tahun itu menjadi bintang muda yang meningkat naik di Jerman sejak memecah masuk dalam pasukan pertama Dortmund, setelah berhijrah dari City dengan nilai £8 juta pada 2017.

Musim ini penyerang England itu telah menjaringkan 14 gol di Bundesliga dan memberikan 16 assist untuk pasukan Lucian Favre, ketika mereka berusaha mengejar pesaing Bayern Munich di tangga teratas.

Sebaliknya, bekas penyerang Barcelona dan Arsenal ​​Sanchez pula dilihat kurang menepati polisi Dortmund yang gemar mendapatkan pemain muda berbakat untuk dibangunkan dan kemudian dijual dengan harga tinggi.

Tetapi Dortmund baru baru ini lebih terbuka mendapatkan pemain berusia seperti Pablo Alcacer – dan pemain itu cemerlang. Tetapi terpaksa dilepaskan semula ke Sepanyol kerana pemain itu mahu dekat dengan keluarganya yang memerlukannya.

Seterusnya mereka mendapatkan semula Mats Hummels. Namun ini bukan mengejutkan sangat. Kerana Dortmund sebelum ini ada sejarah yang banyak dengan mendapatkan semula bekas bintang mereka.

Pada usia 31 tahun, adakah Lucien Favre akan terpikat untuk menggunakan Sanchez di dalam skuadnya?

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali